‘Itu mummy berlakon je….’ – Didie Alias kongsi momen lucu anak meraung lihat lakonannya
PELAKON dan pengacara, Didie Alias, berkongsi momen lucu yang menyaksikan anak bongsunya, Muhammad Dayyan Norisham, 7, meraung melihat lakonannya dalam drama Tanah Kubur.
Didie, 46, atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata, Dayyan yang ketika itu sedang menikmati makanan terus berhenti dan menangis.
“Dia tengok Tanah Kubur, dia menangis tengok mak dia kena bunuh, macam mana?
“Dik (Dayyan) itu drama je, ini mummy kat depan adik ni haa… I’m here, I’m here…
“Mummy berlakon je dalam Tanah Kubur. Mummy belum mati lagi,” katanya menerusi perkongsian dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Rata-rata rakan artis turut terhibur melihat aksi Dayyan yang begitu menghayati lakonan ibunya dan tidak kurang juga yang tersentuh dengan reaksi anak Didie itu.
Dayyan merupakan anak hasil perkahwinan kedua Didie bersama Norisham Ismail. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang