Impian berbulan madu di resort mewah tepi pantai, ini 5 lokasi popular pilihan pengantin baharu

A
A
A

SETIAP pasangan pengantin baharu pasti menyimpan impian untuk berbulan madu di penginapan yang romantik terutamanya terletak di tepi pantai.

Bagi sesetengah orang, mereka lebih suka memilih kawasan terpencil yang terkenal dengan pesona keindahan pesisiran laut dan jauh daripada orang ramai.

Tidak kurang juga, terdapat pasangan yang suka menghabiskan masa bersama di pulau eksklusif. Bajet barangkali bukanlah menjadi isu yang besar buat mereka.

Bukan apa, pengalaman bermalam dengan kelebihan bilik berhadapan pantai memang berbaloi. Setiap saat ditemani dengan deruan ombak yang memecah kesunyian.

Bukan itu sahaja, mereka boleh menikmati panorama senja sehingga matahari terbenam penuh privasi. Siap meja untuk makan malam berdua.

impian untuk berbulan madu

Part paling penting adalah tempat penginapan tersebut mampu meninggalkan kenangan luar biasa buat mereka.

Sebenarnya, semua itu tidak menjadi masalah kerana kebanyakan hotel dan resort di negara ini sudah menyediakan pakej istimewa untuk mereka yang mahu berbulan madu.

Baca juga Kafe atas bumbung jadi lokasi romantik, bajet bawah RM100 dan bonus spot ‘Instagrammable’

Carian SinarPlus mendapati, banyak lokasi liburan romantik ditawarkan dengan pelbagai keistimewaan cukup menarik.

Berikut pilihan destinasi yang boleh dipertimbangkan:

impian untuk berbulan madu

1. Shangri la Tanjung Aru

Alamat: No.20, Tanjung Aru,Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: 24 jam

Pakej harga: Bermula RM520

Facebook: Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Instagram: @ShangrilaTAH

Baca juga Percutian romantik ke Krabi, wanita kongsi itinerari 3 hari 2 malam bawah RM1,000

impian untuk berbulan madu

2. Lone Pine

Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej harga: Bermula RM415 (promosi tempahan awal)

Facebook: Lone Pine, The Boutique Hotel by The Beach

Instagram: @LonePineHotel

Baca juga Rasai kehangatan aura Lord Of The Rings dengan menginap di Humble Hobbit Home Kundasang

impian untuk berbulan madu

3. Anantara Desaru

Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor

Waktu operasi: 24 jam

Pakej harga: Bermula RM738

Facebook: Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Instagram: @anantaradesaru

impian untuk berbulan madu

4. The Kasturi

Alamat: KM 32.5, Jalan Kuantan-Kemaman, Kampung Baharu Cherating, Cherating, Kuantan, Pahang

Waktu operasi: 24 jam

Pakej harga: Bermula RM930

Facebook: The Kasturi

Instagram: @TheKasturiCherating

impian untuk berbulan madu

5. Tanjong Jara

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, Dungun, Terengganu

Waktu operasi: 24 jam

Pakej harga: Bermula RM595

Facebook: Tanjong Jara Resort

Instagram: @tanjongjararesort

impian untuk berbulan madu

Cuti panjang hujung tahun ini merupakan peluang keemasan buat kalian yang merancang untuk bercuti panjang bersama insan tersayang.

Kalau boleh elakkan kawasan yang berisiko tinggi dan terdedah dengan musibah banjir yang sedang melanda Pantai Timur sejak akhir-akhir ini.

impian untuk berbulan madu

Apa pun rancang percutian romantik anda sebaiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca