PENYANYI, Liza Hanim menitipkan rasa gembira selepas anak keduanya, Marissa Qaireen menerima anugerah akademik di Maktab Rendah Sains MARA, Alor Gajah Melaka.

Marissa Qaireen, 14, yang mengambil program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) mencatat keputusan cemerlang.

“Tahniah Kak Ngah. Hari ini di MRSM Alor Gajah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Pengetua.

“Tahniah juga buat anak-anak Eunoia yang turut naik pentas hari ini.

“Semoga menjadi pembakar semangat untuk buat lebih baik,” titipnya.

Baca juga: Miliki suara emas, Liza Hanim terus diberi kepercayaan bawa lagu P. Ramlee

Sentiasa menyokong minat anak, penyanyi lagi Siapa Sangka Siapa menduga itu menitipkan doa agar pembelajaran Marissa dalam dipermudahkan.

“Perjalanan baru bermula dan pelajar IGCSE memang cabaran sangat kuat.

“Mama doakan anak mama tabah dan dipermudahkan perjuangan mengejar ilmu , mama tumpang gembira dari jauh,” kongsi Liza.

Baca juga: ‘Alhamdulillah tahniah anak mama’ – Anak sulung Sari Yanti raih anugerah kecemerlangan akademik

Liza, 43, yang berkahwin dengan anggota kumpulan Indigo, Shahrin Samsudin, 48, pada 21 Mac 2003 dikurniakan dua cahaya perempuan dan tiga anak lelaki.

Warganet yang teruja dengan kejayaan Marissa menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata indah mendoakan kejayaan remaja itu pada masa akan datang.

Baca juga: Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas

Baca juga: ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang &dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!


Ujar mereka:

– “Tahniah Marissa dan anak-anak Eunoia.”

– “Tahniah Kak Ngah.”

– “Tahniah Kak Ngah and proud mama.”

– “Tahniah, seiras dengan mama.”

Liza pernah membuat persembahan nyanyian bersama Marissa.

Berkata kepada portal berita tempatan, Liza berkata beliau sentiasa menyokong minat anak-anaknya dalam apa saja bidang yang ingin diceburi.

“Saya okey saja. Saya sokong apa saja yang mereka ingin lakukan selagi perkara itu tidak memudaratkan diri.

Iklan

“Tidak dinafikan cabaran dan dugaan dalam dunia seni ini banyak, namun sebagai ibu bapa yang sudah ada pengalaman inilah pentingnya untuk saling mengingatkan. Cuma syarat saya hanya satu mereka kena habiskan pelajaran dulu,” katanya.

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

7 INFO MRSM PROGRAM IGCSE

1-International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dilaksanakan di MRSM Tun Abdul Razak Pekan, MRSM Johor Bahru, MRSM Baling, MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Klawang, MRSM Kuala Kubu Bharu, MRSM Kubang Pasu, MRSM Tumpat, MRSM Serting, MRSM Kuching, MRSM Kuantan, MRSM Langkawi, MRSM Batu Pahat dan MRSM Parit.

2-Program IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada. Pada tahun 2011, MRSM Tun Abdul Razak, Pekan telah menjadi pusat rintis dengan pengambilan pertama seramai 180 pelajar Tingkatan Satu.

3-Pelajar akan mengikuti subjek teras seperti mana MRSM Premier dengan penambahan bahasa ketiga (Perancis, Jepun dan Mandarin).

4-Mereka akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary 1. Seterusnya pelajar akan mengambil peperiksaan Cambridge Secondary.

5-IGCSE adalah diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf dengan British GCSE dan International GCE ‘O’ – Level Exam.

Iklan

6- Cambridge Checkpoint ialah ujian diagnostik yang diambil pada akhir Secondary 1 atau akhir tingkatan 2 (Oktober).

7-Hanya melibatkan subjek- subjek English as a Second Language 1110 , Mathematics 1112 dan Science 1113.

Baca juga: Kenang jasa guru, cef Instagram Shafiquecute kembali ke MRSM Muar, pencapaiannya memberi inspirasi

Baca juga: Bantu anak muda jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar umum tajaan pelajar SPM 2023 jurusan perubatan

Sumber: Instagram Liza Hanim, MARA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!