BARU-BARU ini panas dunia hiburan antarabangsa apabila pelakon, Amber Heard kalah dalam kes saman fitnah menentang bekas suaminya, Johnny Depp.

Depp memenangi saman fitnah terhadap Heard selepas juri mendapati wanita tersebut telah memfitnah bekas suaminya itu.

Heard mendakwa suaminya itu menderanya sepanjang hubungan mereka.

Terkini, seorang lelaki dari Arab Saudi menawarkan diri untuk berkahwin dengan aktres Amerika Syarikat (AS) itu.

Dalam nota suara yang disiarkan di akaun Instagram rasmi Heard, lelaki tersebut berjanji untuk mengisi hidup Heard dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Artikel berkaitan Johnny Depp buka lembaran baru, Amber Heard kecewa

Janji beri kebahagiaan, Amber Heard dilamar lelaki Arab Saudi

“Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

Baca juga Hidap kanser payudara, Marshanda siap diri untuk kematian

Iklan

“Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak.

“Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” katanya dalam kiriman nota suara.

Beruntungnya Amber Heard dilamar lelaki dari Arab Saudi. Moga ada sinar kebahagiaan untuk wanita tersebut.

Iklan

Sumber:  Gulf News, Geo News

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI