Johnny Depp buka lembaran baru, Amber Heard kecewa

A
A
A

KEPUTUSAN mahkamah ternyata memberi khabar gembira buat bintang Hollywood, Johnny Depp selepas enam tahun berjuang untuk membersihkan namanya.

Jelas Depp, kemenangan kes saman terhadap bekas isteri, Amber Heard telah memberi lembaran baharu buatnya.

“Enam tahun lalu, kehidupan saya, anak-anak, mereka yang rapat dengan saya dan juga mereka yang menyokong dan mempercayai saya telah berubah. Hanya dalam sekelip mata.

“Dan enam tahun kemudian, barisan juri telah memberikan kehidupan saya semula, saya begitu bersyukur,” tulisnya menerusi nota di Instagram.

JOHNNY DEPP

Depp, 59, berkata, keputusannya untuk menyambung kes ini, walaupun mengetahui proses undang-undang bakal dihadapi adalah untuk mencari kebenaran tanpa mengira sebarang kesan bakal dihadapi.

“Bercakap tentang kebenaran ialah perkara yang selalu disuruh kepada anak-anak dan penyokong saya, saya tenang sekarang kerana berjaya menyelesaikannya.

“Saya terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh semua penyokong seluruh dunia, semoga usaha mencari kebenaran ini akan membantu mereka yang turut berada dalam situasi ini,” ujarnya.

Sementara itu, bekas isteri Depp, Amber Heard, 36, meluahkan rasa kecewa selepas kalah dalam tuntutan saman yang dibuat.

Heard yang juga pelakon filem Aquaman menzahirkan kekecewaan itu menerusi satu hantaran di laman Twitternya hari ini dengan menyifatkan kekecewaan dialaminya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

AMBER HEARD

“Kekecewaan dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.

“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” luahnya.

Bagaimanapun rata-rata pengguna Twitter menyokong penuh keputusan mahkamah dan meminta Heard untuk mengakui kesalahannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca