SETELAH empat tahun menyendiri, kini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, 48, kembali bergelar isteri.

Berita gembira tersebut dikongsinya menerusi sebuah posting di laman Instagram (IG).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.

“Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat ALLAH SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba ALLAH yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.

“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” coretnya.

Melalui posting yang sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu turut memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu.

“Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia ALLAH yang ditentukan,” ujarnya.

Jodoh sahabat baik arwah suami, Datuk Nora kembali bergelar isteri

Iklan

Dalam pada itu, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.

“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.

“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai ALLAH SWT dunia dan akhirat. Insya-ALLAH,” doanya.

Baca juga Bapa Noryn Aziz meninggal dunia akibat kanser hati

Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Iklan

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Tahniah Datuk Nora! Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga Syurga.