“JUMPA di syurga nanti”. Demikian luahan pelakon juga finalis Hero Remaja, Safwan Nazri dan isteri yang diuji keguguran bayi sulung.

Pelakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu itu berkongsi berita duka melalui laman sosial Instagram.

Lebih menyedihkan, saat-saat kehilangan terpaksa dilalui isteri tanpa dia di sisi kerana berada di Turki.

Baca juga: Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak

“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja. Nama dia Muhamad Kaif yang bermaksud semangat yang kuat! Dia semangat untuk hidup, semangat untuk jumpa mummy dengan daddy, tapi perancangan ALLAH itu lebih sempurna!

“Kita jumpa di Syurga nanti ya Kaif ! Teruskan doa untuk mummy dan daddy okay ! Dia sudah cukup sifat, hendak masuk empat bulan. Comel, sempurna, tapi ALLAH lebih sayangkan dia!” kata Safwan.

Dalam pada itu, Safwan menitipkan kata-kata semangat buat isteri, Fathin Nur Amalina yang tabah menghadapi ujian itu.

Baca juga: Gugur pada usia kandungan masih kecil, dikira darah nifas… Pendakwah ini beri contoh situasi mudah untuk difahami

“Terima kasih sayang! You memang hebat dan sangat kuat! Saya dapat tahu perkara ini (keguguran) terjadi ketika saya sudah sampai Turki. Isteri saya lalui seorang diri keluarga tanpa suami.

“Ya ALLAH, hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you ! Kita lalui benda ni together okay!

“Muhamad Kaif, you will always be our child, Thank you temankan mummy selama ini, Kita jumpa nanti okay,” titip Safwan yang turut berkongsi detik pengebumian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)

Safwan dan isteri berkahwin pada 4 Mac lalu selepas hampir sembilan tahun perkenalan.

Iklan

KEGUGURAN

Keguguran ialah keadaan yang mengakibatkan ibu kehilangan janin sebelum 20 minggu kehamilan. Ia biasanya berlaku semasa trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan.

Sokongan daripada suami dan keluarga amat diperlukan ketika melalui fasa keguguran.

Di sebalik ujian, keguguran adalah satu petanda yang baik bagi wanita kerana ia menunjukkan peluang tinggi untuk hamil lagi.

Setiap kali seseorang wanita itu hamil, kadar keguguran pada semester pertama adalah dalam lingkungan 15 peratus. Tidak semua kes keguguran perlu melalui rawatan diletation & curettage (D&C).

Kebanyakan doktor menasihatkan wanita agar tidak terlalu bimbang dan meneruskan pengambilan asid folik setiap hari sebagai langkah persediaan untuk memulakan kehamilan yang seterusnya.

Iklan

Baca juga: Sukar hamil, tulang reput, ini bahaya kopi untuk wanita

Sumber: Safwan Nazri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.