SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin Bieber, 30, bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Penyanyi itu dan isteri, Hailey Bieber, 27, berkongsi berita gembira berkenaan menerusi laman sosial Instagram.

Memetik People, usia kandungan pemilik jenama Rhode itu dikatakan mencecah enam bulan.

Memuat naik video daripada memperbaharui ikrar perkahwinan, Hailey memakai gaun renda putih jelas menampakkan ‘baby bump’ yang semakin membesar.

Baca juga: Utama kesihatan, Justin Bieber tangguh siri jelalah dunia

Baca juga: Justin Bieber mungkin perlu tunggu 6 bulan pulih lumpuh muka, berisiko pekak

Bakal ibu itu turut berkongsi beberapa gambar bersama penyanyi Kanada tersebut yang menampakkan kandungannya yang semakin membesar.

Tanpa kapsyen, anak kepada aktor Stephen Baldwin itu sekadar menanda suaminya pada hantaran berkenaan.

Baca juga: Justin Bieber berhabis RM5,800 beli dadah dikecam

Iklan

Baca juga: Bukti tiada sengketa dan ‘drama’, Selena Gomez, Hailey Bieber mesra bergambar

Terdahulu, pada Oktober lalu model kelahiran Tucson, Arizona itu menafikan dirinya sedang hamil.

Sekadar info, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dua bulan selepas bertunang.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!