‘Terasa dah macam nak terkena, teruskan juga seperti diseru-seru’, Abby Abadi rugi RM18,500 kena scam

PELAKON Abby Abadi terpaksa menanggung kerugian bernilai RM18,500 dek kerana penipuan skim pelaburan atas talian.

Akui kecuaian diri sendiri, pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 46, itu mendedahkannya dalam media sosialnya turut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Dalam pada itu dia turut menceritakan bagaimana ‘mimpi’ itu berlaku.

Ujar Abby, dia menyertai kumpulan pelaburan itu pada awalnya sebagai pemerhati pada perbualan setiap ahli yang pernah membuat transaksi sebanyak RM4,000 dan berjaya mendapat wang pulangan.

“Lepas letak RM4,000, skim pelaburan meminta wang berjumlah RM14,500 sebagai kos pelaburan. Katanya, tak perlu buat apa-apa, tapi kena bayar lagi untuk kos seterusnya.

“Dah rasa macam kena ‘scam’, tapi duit punya fasal dan mereka punya sembang bukan main lagi, tertipu akhirnya,” katanya.

Baca juga Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

Kata Abby, dia terlibat dengan pelaburan tersebut tanpa pengetahuan suaminya, Muhammad Faizal Zakari.

“Rasa dah macam grup merepek, dah terasa-rasa dah macam nak terkena, teruskan jugak! macam diseru-seru. Duit berlebih gatai pula, kalau takde berduit, tau pulak duduk diam.

“Suami memang tak tahu langsung pasal ni semua saya memandai sendiri. Konon kalau dapat nak suprisekan semualah duit terpijak! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Iklan

“Tapi serius macam mimpi pun ada ni, tapi nak buat macam mana, dah transfer dah pun,” tulisnya.

Baca juga Kad kredit diguna ‘scammer’ RM4,000 lesap, wanita ini kongsi langkah dapatkan duit semula

Dalam pada itu, Abby juga mengatakan inilah bahana kalau tidak pernah berasa cukup walaupun nampak macam tipu, tetapi masih berfikir betapa mudahnya dapat pulangan wang daripada pelaburan secepat itu.

Buat orang ramai, pesan Abby, bertanyalah atau berkongsilah dengan kawan atau keluarga sebelum terjebak dalam mana-mana skim pelaburan.

Iklan

“Jadi hati-hati ya semua, kalau apa-apa yang pelik share dulu sebelum terjebak. Tanya pendapat kawan sebelum kejadian kalau dah selepas, ginilah jadinya,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!