“MAAF saya katakan apa yang berlaku malam ini (tadi) pun bukan rancangan saya dan saya tidak tahu.”

Begitulah perkongsian pelawak terkenal Zizan Razak setelah isu jodohnya kembali hangat selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara live di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) malam tadi.

Menerusi Facebook miliknya, Zizan berkata dia hanya memberikan reaksi sporting untuk menjadikan program itu lebih menarik.

“Melihat apa yang berlaku malam ini menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya.

“Saya cuma memberi respons yang ‘sporting’ untuk memberikan program nampak ‘best’,” tulisnya.

Seolah kecewa urusan jodohnya menjadi bualan ramai, Zizan meluahkan rasa menerusi media sosial miliknya.

Baca juga ‘Persengketaan’ Michael Ang, Noraniza Idris berakhir di AME2020

Katanya, jodoh, ajal dan maut bukan terletak di tangan manusia namun itu urusan Allah.

Iklan

“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah seb***sat itu dan seperti yang anda sangkakan.

“Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” tulisnya.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, pernah bergelar
naib juara rancangan Raja Lawak musim pertama. Kini semakin sukses setelah menjadi seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Malaysia.

Iklan

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Zizan ya.