"Kami dalam proses bercerai" - Noor Nabila, Engku Emran
DESAS-desus rumah tangga kakak kepada usahawan terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin akhirnya menemui jawapan apabila pasangan itu dikhabarkan dalam proses bercerai.
Nabila yang berkahwin dengan Emran pada 19 Mac 2021 menyatakan keputusan itu dibuat oleh suaminya itu.
"Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
"Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.
"Jodoh ajal maut adalah aturan ALLAH SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia serta berpanjangan," katanya.
Baca juga: Noor Nabila, Engku Emran sah bergelar suami isteri
Enggan berkongsi isu perkahwinan kepada khalayak, Nabila berharap supaya ia hanya diketahui antara mereka berdua dan menjadi pengajaran buat dirinya.
"Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.
"Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.
"Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari-NYA untuk saya dan anak lalui," katanya.
Baca juga: ‘Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri’ – Sharnaaz
Nabila pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang berusia enam tahun.
Engku Emran juga pernah dua kali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, namun berpisah pada 2014.
Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2018, namun bercerai pada Julai 2020.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Baca juga: Noor Nabila lali dengan populariti dan perhatian
Sumber: Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang