“Kami reda..” – Ibu Achey meninggal dunia
PELAWAK Achey reda dengan pemergian bonda tercinta, Ngaisah Hassan, 74, yang meninggal dunia sekitar jam 12.46 tengah malam tadi.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 36, berkongsi berita duka tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagramnya dan reda dengan pemergian Allahyarham ibunya pada penghujung Ramadan ini.
“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik kerja.
“Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik. Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya sayu.
Dalam pada itu, Achey turut memberitahu keluarganya memerlukan bantuan van jenazah untuk membawa jasad ibunya dari Johor Bahru ke Segamat bagi urusan pengebumian.
Sebelum ini Achey memaklumkan keadaan kesihatan ibunya berada dalam keadaan tidak menentu dan kerap keluar masuk hospital.
Situasi itu menyebabkan pelawak itu mengambil keputusan untuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah. Malah, difahamkan arwah juga baru sahaja selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.
Berita duka tersebut turut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Achey sebaik sahaja mendapat tahu perkhabaran duka tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang