PEMBERIAN ubat cair darah sering dibekalkan kepada mereka yang mempunyai penyakit injap dan ritma jantung yang tidak sekata.

Fungsi ubatan berkenaan adalah untuk mengelak berlakunya pembekuan darah yang mana gumpalan darah akan mengakibatkan aliran darah ke jantung, paru-paru dan otak terhalang.

Pun demikian, wanita hamil yang ada masalah tekanan darah tinggi juga tidak terkecuali dalam pemberian ubat itu demi mengurangkan risiko terjadinya penyakit preeclampsia.

Kredit foto: Thirdman

Apakah itu preeclampsia?

Merujuk MedlinePlus, ia merupakan keadaan seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi dan mengalami tanda-tanda kerosakan hati atau buah pinggang. Kebiasaannya ia terjadi selepas minggu ke-20 kehamilan.

SinarPlus kemudiannya merujuk perkongsian Pegawai Perubatan Klinik Fatin, Pasir Gudang, Johor, Dr Fatin Salehah Ramdhan yang turut memperjelas isu berkenaan.

Baca juga: Kencing manis: Ibu hamil kena lebih hati-hati elak air ketuban berlebihan

Kredit foto: Karolina Grabowska

Beritahu Dr Fatin Salehah, beliau tidak menyangkal bahawa wanita hamil yang ada darah tinggi berisiko untuk ada penyakit preeclampsia.

“Ia sememangnya berbahaya kerana si ibu boleh mendapat sawan ketika hamil. Jadi, untuk mengurangkan risiko tersebut, doktor akan membekalkan ubat cair darah kepada pesakit.

“Sekiranya masalah itu terjadi, ia akan mengganggu peredaran darah emak kepada anak dan boleh menyebabkan si ibu dan bayi yang dikandung meninggal dunia,” katanya.

Kredit foto: JESHOOTS.com

Pada akhir perkongsian, Dr Fatin Salehah, meminta kepada wanita mengandung yang dibekalkan ubat cair darah untuk patuh kepada arahan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Dalam pada itu, wanita yang ada masalah darah tinggi sebelum, semasa atau selepas kehamilan, Centers for Disease Control and Prevention ada menyarankan beberapa perkara yang boleh dipraktikkan. Berikut inti patinya:

i) Sebelum kehamilan:

– Sekiranya anda sudah menghidap darah tinggi sebelum hamil, adalah sebaik-baiknya untuk buat rancangan kehamilan dengan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

ii) Semasa kehamilan:

Kredit foto: cottonbro

– Dapatkan rawatan penjagaan awal kandungan dan hadir setiap temu janji yang telah ditetapkan.
– Maklumkan kepada pegawai perubatan tentang ubat-ubatan yang diambil sewaktu kehamilan.
– Pastikan anda mempunyai alat untuk memeriksa tekanan darah tinggi di rumah sebagai langkah penjagaan dan hubungi doktor sekiranya tekanan darah lebih tinggi daripada biasa.
– Pastikan anda mengambil makanan yang sihat supaya berat badan ideal.

Iklan

iii) Selepas bersalin:

Kredit foto: Lisa Fotios

– Selepas sahaja melahirkan, wanita yang ada darah tinggi lebih berisiko untuk diserang strok dan mendapat komplikasi kesihatan lain.
– Sekiranya berhadapan dengan tanda-tanda preeklampsia, dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Justeru, wanita hamil yang ada darah tinggi tidak boleh ambil mudah terhadap penyakit yang sedang dialami kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan bayi yang dikandung.

Akhir sekali, sekiranya sepanjang tempoh kehamilan anda dibekalkan dengan sebarang ubat-ubatan, ikut sahaja arahan yang telah ditetapkan.

Iklan

Baca juga: Risiko wanita hamil di luar rahim, adakah pembedahan IVF diperlukan? Ini jawapan pakar

Baca juga: Terlalu taasub main permainan online dalam telefon bimbit, ini implikasi buruk yang perlu ramai tahu

Kredit foto utama: Michaela Markovičová

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan