Kasih ibu… Azhan Rani santuni ‘Syurga’ buat ramai tersentuh

SEBUT sahaja Azhan Rani, ramai yang sudah mengenalinya seorang aktor yang mantap dalam setiap lakonan drama mahupun filem.

Pelbagai watak yang dilakonkan pasti berjaya menambat hari penonton, tambah lagi bila memegang watak antagonis. Memang hidup!

Namun realitinya, siapa sangka pemilik nama penuh Azhan Abdul Rani seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.

Sejak pemergian arwah bapanya, Abdul Rani Sabri pada 2016, Azhan Rani yang kini berusia 47 tahun dan masih bujang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ibu tercinta, Salmah Budin.

Dia juga kini komited dengan karier seninya yang sedang berada di puncak.

Anak kelahiran Selangor itu juga sering berkongsi foto serta momen-momen manis bersama ibunya itu di media sosial. Terserlah keakraban dan kasih sayang seorang anak terhadap ibu!

Menjengah ke laman sosial, ramai yang kagum dan tersentuh melihat layanan Azhan Rani terhadap ratu hatinya itu yang kini sudah mencecah usia 77 tahun.

Baca juga “Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini. Azhan Rani doa Fasha segera sembuh

Malah, mereka turut memuji kebaikan Azhan Rani terhadap ibunya itu dan dianggap sebagai seorang anak yang soleh.

“Suka tengok abang bawa mak jalan-jalan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk jaga mak.”

“Saya jealous tapi saya syukur kerana anda memberi terbaik pada Syurgamu.”

“Awak betul-betul anak yang soleh, kemana saja bawa ibu.”

Iklan

“Anak yang sangat bagus… selalu bersama dengan ibunya tercinta.”

“Alhamdulillah anak yang baik, berbakti pada ibu. Untungnya Azhan.”

Semoga Azhan Rani terus dapat berbakti dan membahagiakan ibunya seterusnya menjadi asbab rezekinya sentiasa melimpah ruah.

Iklan

Baca juga Mata, kepala terhentak di bucu katil, Fasha Sandha cedera ketika jayakan babak bersama Azhan Rani

Moga dapat jadi inspirasi buat kita semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!