SIASATAN berkaitan kes kematian membabitkan pelakon Thailand, Tangmo Nida terus dijalankan oleh pihak berkuasa.

Insiden kematian tragis pelakon berusia 38 tahun itu menjadi perhatian dan menyebabkan ramai tersentuh.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ibunya, Panida Siriyudthayothin yang seolah tidak dapat menerima kenyataan anaknya sudah tiada lagi.

Pilu dengan apa yang terjadi, wanita itu dilaporkan jatuh pengsan tatkala jasad anaknya ditemui pasukan penyelamat Sabtu lalu.

Baca juga: Maut Terjatuh Dari Bot, Ibu Sangsi Kematian Tangmo Nida

Dalam pada itu timbul pelbagai teori dan spekulasi berkaitan kejadian. Berikut adalah kronologi kejadian dan penemuan bukti oleh polis:

Khamis, 24 Februari

Aktres yang pernah membintangi filem ‘The Flying Leaf’ itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11.00 malam ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Ketika kejadian, Tangmo dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan dan telah terjatuh di bahagian belakang bot.

Pengurusnya, Idsarin Gatick dan saksi, Surattanawee Suviporn telah membuat laporan polis di Balai Polis Muang Nonthaburi pada tengah malam.

Jumaat, 25 Februari

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula tidak lama kemudian. Bagaimanapun, sehingga petang Jumaat dia masih hilang.

Penyiasat yang memeriksa bot berkenaan dan menemui kaca dengan kesan wain merah. Manakala tandas bot berkenaan rosak.

Ketua polis tempatan, Kol Pol Chaturon Anurakbandit, berkata lima rakan bot Tangmo telah menghubungi penyiasat dan akan membuat kenyataan.

Sabtu, 26 Februari

Pelakon berusia 37 tahun itu masih ditemui terapung di sungai sekitar jam 1.10 tengah hari kira-kira 38 jam selepas dilaporkan terjatuh.

Luka sepanjang 30 sentimeter (cm) dikesan pada paha.

Jasadnya dibawa ke jeti tempat ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin, 67, sedang menunggu, bersama teman lelaki dan rakan pelakon itu.

Siriyudthayothin berkata dia cuba menghubungi pengurus anak perempuannya, Idsarin Gatick pada hari Jumaat tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab.

Ahad, 27 Februari

Siriyudthayothin berkata kepada Bangkok Post dia sangsi akan kematian anak perempuannya yang dikatakan terjatuh secara tidak sengaja.

Dia ingin tahu siapa yang mengatur sesi fotografi Tang Mo. Malah katanya tidak masuk akal memikirkan mereka semua di dalam bot itu hanya untuk menjamu selera kerana melalui foto, semuanya berpakaian cantik.

Melalui perkongsian gambar Tangmo yang muram, si ibu mengesyaki sesuatu telah yang berlaku.

Rakan Tangmo, Wisapat berkata pada hari dia sedang melihat telefon bimbit ketika pelakon itu memegang kakinya di bahagian belakang bot sebelum tergelincir ke dalam sungai.

Isnin, 28 Februari

Pemandu bot didakwa atas kematian Tangmo. Tanupat Por Lerttaweewit dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang ditahan di bawah waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Nonthaburi atas dua pertuduhan iaitu pertama mengendalikan bot tanpa lesen dan kedua atas kecuaian yang menyebabkan kematian.

Bagaimanapun kedua-duanya dibenarkan ikat jamin pada Ahad.

Selasa, 1 Mac

Polis bercadang untuk menggunakan alat pengesan penipuan ke atas kelima-lima rakan bot Tangmo.

“Setiap jawapan daripada rakan-rakan Tangmo mesti disokong dengan alasan. Polis akan melihat siapa mereka hubungi selepas kejadian itu dan kemungkinan sebarang serangan fizikal.

“Kami akan memeriksa jika terdapat sebarang pertikaian atau kemungkinan insurans nyawa terlibat,” kata Ketua Polis Thailand, Jeneral Suwat Jangyodsuk.

Ketika itu, keputusan bedah siasat, ujian darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperolehi.

Rabu, 2 Mac

Polis telah menemui luka pada paha Tangmo tetapi masih belum mengesahkan sama ada ia datang dari kipas bot. Terdapat juga calar kecil di kaki kirinya.

Kecederaan juga dikesan pada lengan dan bahu rakan bot pelakon itu, Nitas Kiratisoothisathorn. Kesan calar pada lengan lebih besar daripada saiz kuku manakala dan lebam pada bahu pula disebabkan oleh hentakan dengan objek keras.

Iklan

Urin pada bahagian belakang bot dan pakaian Tangmo cuba dikesan. Polis menyatakan kelima-lima rakan bot pelakon itu kemudian disifatkan sebagai saksi dan bukannya suspek.

Keputusan ujian DNA masih belum diperolehi.

Melalui data telefon, seorang lelaki yang menaiki bot terbabit menelefon beberapa individu  untuk mendapatkan nasihat dan mengaku memandu hingga menyebabkan bot itu hilang kawalan di dalam air.

Polis memanggil kelima-limanya rakan bot Tangmo yang bersamanya di dalam bot untuk menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian serta memberi kenyataan palsu.

Khamis, 3 Mac

Kipas bot hilang di Sungai Chao Phraya semasa lakonan semula bagaimanapun ditemui semula selepas 20 minit pencarian.

Bagaimanapun analisis sistem navigasi satelit (GPS) mengesahkan pelakon itu jatuh ke dalam sungai antara jam 10.29 malam hingga 10.34 malam.

Sementara itu,polis meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar mayat Tangmo sebagai menghormati keluarga mendiang.

Polis tidak menolak sebarang kemungkinan kematian Tangmo disebabkan oleh pengabaian lima rakan botnya yang lain.

Iklan

Jumaat, 4 Mac

Bangkok Post melaporkan pengurus dan rakan rapat pelakon itu memutar belit fakta kejadian. Ia susulan kenyataan salah seorang saksi, Surattanawee Suviporn yang juga rakan baik mereka berdua. Surattanawee percaya fakta tragedi telah diputar belit pengurus Tangmo itu.

Difahamkan, setakat ini seramai 29 saksi termasuk empat daripada rakan bot Tangmo telah disoal siasat.

Dalam pada itu, ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin memaafkan dua rakan bot iaitu dua daripanya iaitu iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang dikatakan secara konsisten menghubunginya.

Ibu mendiang menafikan memaafkan suspek kerana pampasan yang akan diterima.

Bagaimanapun, dia enggan memaafkan pengurus Tangmo kerana beranggapan wanita itu menjadi punca kematian. Malah Gatick juga difahamkan tidak menghubungi Siriyudthayothin sehingga tiga hari selepas kejadian

Nampaknya kes ini menjadi semakin rumit. Moga punca kejadian dapat dirungkai segera.

Baca juga: Kematian Tragis Pelakon Thailand, Lima Rakan Bot Didakwa, Bakal Berhadapan Hukuman Penjara

Baca juga: Penyiasat jenayah terkemuka Thailand tolak dakwaan saksi, punca kematian aktres Thai mencurigakan

Jangan lupa follow kami di Instagram!