Kemelut bakal berakhir, Diana Danielle inginkan pengakhiran aman & baik

KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil dijangka bakal berakhir secara baik pada Khamis ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia akan mengekalkan hubungan baik dengan Farid sekiranya mereka berpisah nanti.

Memetik portal OhBulan, dia hanya inginkan pengakhiran perkahwinan yang aman dan baik.

“Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturrahim kami.

“Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan.

“Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan Insya-ALLAH saya bersangka baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa dimaklumkan bahawa kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle bakal menemui kata penyelesaian penuh dalam masa terdekat.

Baca juga Farid Kamil tawar RM319,700 berdamai dengan Diana Danielle, termasuk Vellfire, barang kemas RM10,700

 

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan berkata, susulan perkembangan baharu ini pihaknya memohon agar keputusan inter-parte atau dua pihak bagi permohonan hadanah interim iaitu hak penjagaan sementara dua anak ditangguhkan ke tarikh lain.

“Perkara utama kes ini telah diteliti cuma isu-isu yang kecik perlu diperhalusi.

“Jadi keputusan interim yang sepatutnya diketahui hari ini ditangguhkan kerana dilaporkan akan ada penyelesaian penuh dan selepas itu, mahkamah akan rekod sebarang dapatan pada prosiding seterusnya,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili Diana Danielle selaku plaintif berkata, pihaknya turut memohon satu tarikh singkat diberi untuk keputusan inter-parte hadanah.

“Ini kerana terdapat terma-terma lain yang perlu diteliti, memandangkan ada penukaran cadangan penyelesaian termasuk balasan daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Selain Puteri Ummi Kartini, Diana Danielle turut diwakili peguam syarie utama, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Baca juga Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle

Susulan itu, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan 21 Ogos depan untuk dimaklumkan mengenai perkembangan baharu, serentak dengan keputusan inter-parte hadanah interim.

Iklan

Mahkamah juga melanjutkan perintah interim hadanah bagi dua anak pasangan itu kepada Diana Danielle.

Dalam prosiding ini, Farid tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih dirawat akibat jangkitan Covid-19.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte melalui peguam syarienya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff dan memperoleh perintah interim hadanah bagi dua anaknya itu.

10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.

Baca juga Diana Danielle, Farid Kamil bakal jalani Sulh. 11 info wanita perlu tahu, rupanya bukan untuk penceraian sahaja

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Iklan

Bagaimanapun, Farid Kamil enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: OHBulan, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!