SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada jejaka pilihan hatinya, Syed Hariz Syed Azmi pada Ahad.

Kakak Afifah, Anzalna Nasir memuat naik video memaparkan upacara ijab kabul pasangan mempelai yang dinikahkan sendiri bapanya, Profesor Dr Mohd Nasir Ibrahim.

Dalam majlis yang berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000.

Memilih tarikh unik 5.5.2024 sebagai hari bersejarah, Afifah kelihatan anggun memakai persalinan serba putih rekaan Zuhair Murad dan solekan jurusolek terkenal, Khir Khalid untuk akad nikah.

Baca juga: Afifah Nasir kini tunang Syed Hariz. ‘Malam yang indah, penuh cinta & tawa

Pelakon Pengantinku Jatuh Dari Langit itu terdahulu mendedahkan perkenalannya dengan suami bermula pada Disember 2022.

“Bertemu pada Disember 2022 apabila kami mula keluar bersama.

“Ketika itu jadual saya terlalu padat. Satu-satunya masa saya dapat menemuinya adalah selepas bekerja, selama beberapa jam sahaja.

“Saya rasa itulah sebab mengapa dia memutuskan untuk berkahwin,” kongsi Afifah.

Mengenang kembali detik cinta yang membawa ke jenjang pelamin, anak keempat daripada lima adik-beradik itu menyifatkan Hariz serius menyuntingnya menjadi isteri.

“Dalam masa kurang dari sebulan, awak minta saya jadi teman wanita dan tak sampai setahun untuk isteri.

“Benar awak seorang lelaki yang tidak membuang masa. Terima kasih kerana mencipta kisah cinta yang indah untuk saya kongsikan dengan anak-anak kita,” titip Afifah.

Baca juga: ‘Finally! Say yes I do.’ Afifah beri bayangan bakal akhiri zaman solo tahun ini

Baca juga: Personaliti mudah terhibur Afifah Nasir, curi perhatian peminat

Tidak hanya ketika akad nikah, keanggunaan Afifah terserlah ketika majlis resepsi. Menggayakan gaun rekaan Yaralis Kothor, pelakon berusia 31 tahun itu tampil jelita dengan riasan barang kemas eksklusif daripada Amee Philips.

Difahamkan majlis resepsi pasangan itu diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.

Iklan

Sementara itu, adik bongsu, Nazirah Nasir memberikan hadiah perkahwinan yang istimewa sempena perkahwinan Afifah dengan menjamu anak yatim piatu dan asnaf dari sebuah rumah kebajikan di Gombak.

“Ini adalah hadiah perkahwinan untuk Syed Hariz dan Afifah. Set pinggan mangkuk mungkin menarik tetapi, saya mengabadikannya untuk akhirat.

“Moga doa daripada anak-anak yatim ini bermakna daripada hadiah-hadiah yang ada di dunia ini.

Baca juga: Digelar beauty with the brain, adik pelakon popular, Anzalna kongsi tip kecemerlangan

Baca juga: Tak dapat ke kelas balet, The Angguns main ting ting dan boling di rumah

Iklan

“Ya ALLAH Ya Rahman semaikanlah ke atas pasangan pengantin dengan perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada kedua-duanya jalan petunjuk dan takwa, aamiin,” titip Nazirah.

Untuk rekod, Afifah bertunang dengan Hariz pada Februari dalam satu majlis tertutup. Sebelum itu, Afifah telah dilamar lelaki itu dalam satu acara istimewa berlatarbelakangkan  pesawat.

Baca juga: Adik-beradik Anzalna teruja jumpa Paris Hilton

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!