Khairy Jamaluddin kekal bersama Hot FM
BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan terus bersama team Bekpes Hot di Hot FM sehingga penghujung tahun ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ menerusi laman Twitter miliknya.
"Alhamdulillah dalam sidang media hari ini (Ahad), Hot FM telah mengumumkan dan sahkan saya akan terus bersama team Bekpes Hot, Hot FM sehingga hujung tahun ini," tulisnya beserta sepotong video pendek.
Dalam video berkenaan, Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, waktu siaran Khairy di slot Bekpes Hot turut dipanjangkan dari sejam ke dua jam.
"Beliau akan terus bersama dengan Hot FM sampai hujung tahun. Setakat ini setiap hari Isnin, tetapi dulu jam 8 pagi, tetapi kini dipanjangkan bermula 7 pagi sehingga 9 pagi.
"Cuma mungkin tak semestinya bersiaran hari Isnin sahaja, jika ada kempen atau program istimewa, beliau akan bersama lebih sehari dalam seminggu," ujarnya.
Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Hot FM dan Media Prima serta rakan konti iaitu Johan, Fara Fauzana dan AG Azmir yang menerimanya dengan baik sejak beberapa bulan lepas.
Khairy menyertai Hot FM pada 15 Februari lalu dan berjaya meraih sebanyak 5.78 juta interaksi (engagement) di media sosial pada hari pertama memulakan tugas sebagai penyampai.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang