Kim Kardashians umum berita mengejutkan: Keeping Up With The Kardashians ditamatkan selepas 14 tahun

A
A
A

SELEPAS 14 tahun bersiaran, program realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian telah ditamatkan.

Berita mengejutkan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Kim Kardashian di laman Instagramnya.

"Bagi peminat kami, dengan hati yang berat, kami membuat keputusan yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Keeping Up with the Kardashians.

"Selepas 14 tahun, 20 musim, beratus-ratus episod, kami sangat berterima kasih kepada semua yang telah menyaksikan program keluarga kami selama ini.

“Kami akan menghargai kenangan indah selama ini terutama kepada semua orang yang kami temui sepanjang program ini berlangsung,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Robert Pattinson positif Covid-19, penggambaran The Batman ditangguhkan

Program realiti ini telah mula ditayangkan pada tahun 2007, idea Ryan Seacrest, selaku penerbit eksekutif.

Kim Kardashians umum berita mengejutkan: Keeping Up With The Kardashians ditamatkan selepas 14 tahun

Difahamkan, pada bulan April tahun ini, tayangannya menunjukkan jumlah tontonan yang rendah dan merosot di bawah 900k.

Pada puncaknya, 10.5 juta penonton menonton untuk menonton perkahwinan Kim dengan Kris Humphries pada 2011.

Siri ini akan kembali untuk musim 19 pada hari Khamis, 17 September diikuti dengan satu musim terakhir pada tahun 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca