PELAKON veteran, Hisham Ahmad Tajuddin meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Shah Alam pukul 4.30 petang tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita sedih itu dikongsikan anaknya, Aqeela Mohd Hisham menerusi mesej di aplikasi WhatApps.

Allahyarham sebelum ini dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di hospital itu sejak 29 September lalu.

Baca juga: Jangan ambil mudah jika terkena jangkitan paru-paru, boleh bawa maut

Beliau adalah pelakon drama dan filem tanah air sekitar 80-an. Allahyarham yang juga pesara kerajaan banyak menghabiskan waktu berehat di rumah kerana faktor usia dan penjagaan kesihatan kerana menghidap diabetes serta darah tinggi.

Antara karya lakonannya ialah Tsu Feh Sofiah, Guru Yahya, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Tanah Kubur dan Tok Ayah.

Baru-baru ini beliau dikejarkan ke hospital selepas paras oksigen dalam badan semakin menurun. Aqeela mendedahkan bapanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sehinggalah mengalami batuk berterusan.

Iklan

Baca juga: Jangkitan kuman dalam paru-paru, pelakon Hisham Ahmad Tajudin kini kritikal

Sumber: Berita RTM

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.