"Korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan" - Tumor makin membesar, Aaron Aziz tangguh pembedahan

A
A
A

PERNAH sebelum ini, aktor kacak, Datuk Aaron Aziz pernah mendedahkan dirinya mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian leher atau dipanggil cervical spondylosis.

Namun dalam perkembangan terbaharu, Aaron, 46, memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan kerana keadaan tumor semakin membesar dan terpaksa bercuti panjang.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Bagaimanapun, katanya dia terpaksa menangguhkan buat sementara waktu memandangkan terikat dengan tuntutan kerja.

"Selepas 90 minit berada dalam benda ini, MRI (pengimejan resonans magnet), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan.

"Tumor ini semakin besar kata doktor, Tapi tak boleh (bedah) sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini," coretnya di laman Instagram.

Baca juga Sakit bukan penghalang, Aaron Aziz tetap komited dengan kerja

Aaron Aziz

Dalam pada itu, Aaron juga menyatakan dia terpaksa bekerja dalam kesakitan dan bergantung dengan ubat-ubatan.

"Jadi buat masa ini saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Working in pain, hanya Allah tahu apa yang saya rasa.

"Korang tengok abang senyum sana, ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan.," Luah bapa kepada tiga cahaya mata itu lagi mengenai situasi yang sedang dilalui.

Menerusi hantaran berkenaan, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz itu turut memuat naik rakaman video keadaan dirinya dimasukkan ke dalam mesin MRI.

Dia menyertakan tanda pagar #cervicalspondylosis iaitu penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang juga ketumbuhan yang terbentuk dalam sistem saraf.

Terdahulu, Aaron pernah membuat pendedahan mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak hampir 10 tahun lalu.

Baca juga Aaron Aziz lega hasrat tercapai

Kali pertama dia berhadapan kesakitan tersebut pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.

Begitupun, sebelum ini anak seni asal Singapura itu tidak pernah memaklumkan keadaaan penyakitnya mempunyai kaitan dengan tumor atau ketumbuhan.

Sumber: Instagram @aarondwiaziz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca