AKHIR-akhir ini, pemergian tragis pelakon Nida Patcharaveerapong atau lebih dikenali dengan Tangmo Nida menjadi perhatian ramai selepas ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di Sungai Chao Phraya pada Sabtu, 26 Februari 2022.

Pelbagai teori muncul di laman sosial membabitkan punca kematiannya susulan fakta kes yang mencurigakan. Rata-rata mendakwa ia adalah konspirasi yang didalangi pihak tertentu bermatlamatkan wang.

Polis Thailand difahamkan akan memanggil kelima-limanya rakan bot Tangmo yang bersamanya di dalam bot untuk menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian serta memberi kenyataan palsu.

Baca juga: Maut terjatuh dari bot, ibu sangsi kematian Tangmo Nida

Lima yang terbabit ialah pengurus Tangmo, Idsarin Gatick Juthasuksawat, Wisapat Pasir Manomairat, Nitas Job Kiratisoothisathorn, Tanupat Por Lerttaweewit dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun.

Mereka juga telah diarahkan untuk menjalani ujian pengesan pembohongan.

Tanupat dan Phaiboon didakwa mengendalikan bot tanpa lesen dan kecuaian yang membawa kepada kematian.

Menurut jurucakap Wilayah Polis Wilayah 1, bukti baharu muncul apabila Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) mengesan telefon Tanupat dan mendapati lelaki itu membuat kenyataan kepada beberapa individu bahawa Phaiboon sedang memandu bot laju ketika Tangmo terjatuh.

Disebabkan kurang berpengalaman dalam mengendali bot, pemandu itu dilaporkan hilang kawalan ke atas bot yang mendorong Tangmo ketika itu berada di belakang berpaut kepada rakannya, Wisapat kerana bimbang akan jatuh ke dalam sungai.

Bimbang turut terseret dan terjatuh, Wisapat mendakwa dia menggerakkan kakinya. Bagaimamanapun tinakan itu menyebabkan Tangmo terjatuh ke dalam sungai dan mengakibatkan paha pelakon itu terkena bilah kipas bot.

Menurut satu lagi sumber, Nitas telah memberikan kenyataan bercanggah tentang cara bot itu dikendalikan. Dia adalah satu-satunya saksi yang memberitahu penyiasat bot itu tersentak secara tiba-tiba menyebabkan aktres itu terjatuh ke dalam sungai.

Difahamkan pemandu bot, Phaiboon adalah satu-satunya saksi yang gagal menghadiri lakonan semula polis pada malam Khamis kerana mengalami tekanan darah tinggi.

Menurut Ketua Wilayah Polis Wilayah 1, Leftenan Jeneral Jirapat Phumjit dalam lakonan semula yang lain, polis merancang menaiki bot yang sama dan melakukan simulasi perjalanan berdasarkan rekod sistem navigasi satelit (Global Positioning System- GPS) yang mereka ambil dari bot itu.

Iklan

Malah dakwaan saksi yang tidak mendengar apa-apa bunyi apabila Tangmo jatuh ke dalam sungai juga akan dipastikan.

Pelbagai ujian dan sampel yang dikumpul di atas bot itu akan diserahkan kepada penyiasat tidak lama lagi dan lebih ramai saksi akan disoal.

Iklan

Telefon bimbit kesemua enam di atas bot itu telah dihantar ke TCSD untuk mencari lebih banyak petunjuk.

Satu persatu petunjuk bakal dirungkai, semoga pemergian Tangmo Nida terbela.

Baca juga: Penyiasat jenayah terkemuka Thailand tolak dakwaan saksi, punca kematian aktres Thai mencurigakan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Bangkok Post, Chiang Rai Times