‘Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin, meh saya yang melamar’, Elyana kongsi detik lamar suami

MEMASUKI usia 13 tahun ikatan perkahwinan, penyanyi Elyana mengimbas kembali momen dia melamar suaminya, Khairul Anuar Husin sekitar tahun 2009.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal memuat naik sebuah foto yang memaparkan cara lamarannya.

Sekeping kertas yang tertulis ‘Will You Marry Me?’ di hadapan cermin sebuah kereta itu mencuri perhatian ramai.

“Februari 2009. Kertas original saya melamar boyfriend saya. Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin. Meh saya yang melamar…

“Lantaklah orang nak cakap perigi cari timba. Yang nak kahwin kan kita, nasib baik dia setuju nak kahwin. Hahhaha!

“Pukul 2 pagi saya cari kedai yang jual kertas and marker pen. Ini kertas paling besar yang saya dapat. Saya letak kertas ni atas kereta dia. So bila dia balik kerja, nak masuk kereta, surprise!

“Siap kalau dah saling setuju, kena sign kat kiri kanan bucu kertas tu eh. Jangan main-main. Alhamdulillah dah 13 tahun duduk sebumbung,” tulisnya.

Baca juga Bebas kanser, Elyana perkenalkan doktor 10 tahun merawat dirinya

Menjengah ruangan komen, Elyana mendapat pelbagai reaksi rakan artis dan peminat. Rata-ratanya mengatakan itu momen yang sangat sweet untuk mereka berdua.

“Sweetnyaa Elyana melamar BF. Tak kisah boleh je perempuan melamar lelaki macam Siti Khadijah melamar Rasullah SAW.”

Iklan

“Terpalingggg sweetttttt! Berani kerana cinta.”

Baca juga “Inilah yang pelangi yang saya nanti-nantikan…” – Elyana

Keluarga jadi pendokong semangat buat Elyana.

“Mantap opie idola sepanjang zaman, dunia baru pon perigi cari timba, why not.”

“Seronoknya kalau semua perempuan macam Kak Elyana!!!”

Iklan

Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 11, dan seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!