Sila log masuk terlebih dahulu.

Laporan psikiatri diterima, hakim tak benarkan penyerang Kamal Adli diikat jamin

A
A
A

Laporan psikiatri diterima, penyerang Kamal Adli tak dibenar ikat jamin

BARU-baru ini, pelakon Kamal Adli telah diserang seorang lelaki yang tidak dikenali dengan menggunakan cota besi atau baton di 1 Expo Drive, Singapura.

Dalam kejadian pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam pelakon berusia 36 tahun mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala hingga terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sana.

Kes tersebut mendapat lipuatan meluas di Malaysia dan Singapura. Berikut adalah perkembangan terkini mengenainya:

1-Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.

2-Hakim Daerah Brenda Tan, berkata berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), beliau tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Baca juga: 'Kalau pukul bawah sikit memang dah tak ada.' Ini senjata suspek serang Kamal Adli, Uqasha rahsiakan lokasi demi keselamatan

 

3-Beliau bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin

4-Hakim itu juga menangguhkan kes itu selama empat minggu sehingga 2 Mei bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

5-Tertuduh berusia 33 tahun itu sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

6-Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan ‘disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya’.

7-Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

8-Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwaraya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.

Baca juga: Lebam, bernanah, bergantung ubat tahan sakit, Kamal Adli nasihat jaga keselamatan.'Tak tahu siapa suka atau benci kita'

9-Tertuduh yang ditanya Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH telah mendapati dia ‘berkelakuan dan bertingkah laku baik’. "Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan,” kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.

10-Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh.

11-Tertuduh yang memakai baju-T hitam kemudiannya berkata "tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar...saya tidak setuju."

12-Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari bermula 10 Mac. Insiden berdarah itu berlaku pada penghujung acara.

Baca juga: Dipukul cota besi Kamal Adli cedera kepala hingga ditidurkan, Uqasha trauma dedah pelaku warga Singapura dan siuman

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca