PASTINYA percutian kali ini cukup bermakna buat penyanyi, Wany Hasrita.

Beberapa bulan lalu, hanya berdua ditemani suami. Pun demikian, kehadiran si kecil yang semakin membesar menambahkan lagi mood gembira selebriti kesayangan ramai itu.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 menerusi hantaran di Instagram miliknya meraih perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping gambar percutian bersama suami dan anak.

wany

Baca ni ‘Wajah ibu & ayah seiras, mesti baby cantik’, Aishah Al Iman nama pilihan Wany Hasrita, suami

Keluarga kecil berkenaan memilih Kuantan sebagai tempat percutian mereka.

Menurut Wany, ia merupakan liburan pertama kali bersama Aishah Al-Iman.

Di sebalik keseronokan tersebut, pelantun lagu Menahan Rindu tersebut meluahkan perasaannya.

Akui isteri kesayangan Mohd Al-Adib Fahmi Harun itu, sukar membuat keputusan apakah barangan yang perlu dibawa dan berasa segala barang keperluan si anak wajib dibawa bersama.

“Pertama kali staycation bertiga. Habis semua ibu angkut bawa sama. Lampin pakai buang satu pek besar, susu satu tin sampai tumpah-tumpah, sayangnya.

“Selain itu, inflatable bath tub pun nasib baik bawa sebab dalam bilik tiada tab mandi. Ibu pula sejenis bimbang kalau nak mandikan di singki,” luahnya.

Baca lagi ‘Mesti cantik macam ibu.’ Wany Hasrita selamat bersalin anak sulung, peminat tak sabar tengok baby girl

wany

Malah, Wany mengakui cukup penat dan gambar-gambar yang dipaparkan beliau tidak semudah untuknya handle situasi.

“Walaupun tidak semudah seperti dalam gambar yang dimuat naik, tetapi alhamdulillah sangat bermakna setiap saat bersama. Ibu banyak belajar, belajar untuk sabar juga.

“Sebelum ini satu beg, sekarang sudah berbeg-beg. Bapa macam biasa steady sahaja. Mak-mak, normal ye kalau bercuti rasa macam semua barang perlu bawa sama?,” tanya Wany.

 

BANYAK BELAJAR

Iklan

Ya, sememangnya bukan senang ya bercuti dengan bawa anak kecil.

Namun, kata Wany, walaupun mencabar, namun banyak perkara baharu yang dipelajarinya ketika bercuti bersama Aishah.

Perkongsian tersebut meraih perhatian warga maya. Ada yang turut berkongsi pandangan yang sama dengan bekas pengacara program Sembang Sahur itu.

Pada masa sama, terdapat warganet melahirkan rasa teruja dapat melihat wajah anak sulungnya.

wany

Biarpun gambarnya hanya nampak sipi-sipi sahaja, ada yang mengatakan si kecil nampak seiras dengan wajah Wany dan ada juga yang mengatakan wajah Adib.

Iklan

Bukan sahaja warga maya, admin sendiri pun rasa tidak sabar menunggu Wany berkongsi wajah penuh anaknya.

Sumber: INSTAGRAM WANY HASRITA 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang