‘Wajah ibu & ayah seiras, mesti baby cantik’, Aishah Al Iman nama pilihan Wany Hasrita, suami

GENAP seminggu bergelar ibu, penyanyi Wany Hasrita mengumumkan nama puteri sulungnya sempena majlis cukur rambut cahaya matanya itu semalam menerusi perkongsian dalam Instagram.

Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30 dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun sepakat menamakan bayi mereka, Aishah Al Iman.

“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut, itu pun sudah buat ibu rasa sebak.

“Ibu tangkap banyak-banyak gambar sebelum cukur tadi, padahal tumbuh je balik nanti,” tulisnya.

Tambah penyanyi Menahan Rindu ini, dia juga mengharapkan doa daripada semua supaya permata hatinya itu membesar dengan sempurna.

“Uncle dan Aunty, doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya,” kata Wany.

Baca juga ‘Awal-awal dah nangis.’ Hamil enam bulan & bakal beraya bersama suami, Wany Hasrita luah rasa sedih bakal berjauhan dengan ibu

 

Menerusi posting itu, Wany turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan bayinya buat sementara waktu akibat demam kuning.

“Disebabkan kita tak buat majlis, kita ‘throwback’ gambar masa ibu nak ‘discharge’ hospital hari tu. Muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal ‘nursery’ satu malam sebab kuning,” coretnya.

Dalam pada itu, turut disertakan sekeping foto Wany bersama suaminya sedang menggendong bayi mereka. Bagaimanapun wajah Aishah tidak didedahkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan wajah ibu ayah Aishah itu seiras. Ramai juga memuji pilihan nama Wany yang cantik dan sedap. Tak kurang juga disertakan dengan doa-doa yang baik untuk si comel Aisyah.

Baca juga Cat Farish sah bergelar suami Shikin Maembong dengan sekali lafaz

Iklan

“Muka Wany dan Adib seiras… mesti baby pun ikut muka dua-dua mesti comel dan cantik.”

“Masya-ALLAH berseri muka ibu… mak ayah dia muka dah seiras.”

“Tahniah Wany & suami… Assalamualaikum Aishah sayang, anak solehah ibu ayah.”

“Insya-ALLAH menjadi anak yang solehah, bijak & baik budi pekertinya, aminnn.”

“Semoga menjadi anak yang solehah, penyeri dalam keluarga, dan dapat mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.”

Iklan

8 Julai lalu, Wany selamat melahirkan bayi pertama secara normal pada jam 7.14 petang. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Baca juga Tip mudah Wany Hasrita atasi jeragat, jerawat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!