PENYANYI, Wany Hasrita kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.

Berkongsi berita gembira melalui laman sosial Instagram, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah memuat naik sekeping gambar memaparkan tangan bayinya yang menarik perhatian ramai.

 

“Assalamualaikum, Bismillahi Masya-ALLAH. Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07.14 malam secara normal,” titipnya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa dan mengeratkan cinta ibu dan bapak.

“Membesar dengan sihat dan jadilah orang memberi manfaat kepada yang lain kelak. Ibu sayang kamu,” coretnya.

Baca juga: ‘Awal-awal dah nangis.’ Hamil enam bulan, bakal beraya bersama suami, Wany Hasrita luah rasa sedih bakal berjauhan dengan ibu 

Para peminat menzahirkan rasa gembira melihat penyanyi itu selamat menyambut cahaya mata sulung.

Kebanyakannya teruja dan tidak sabar menatap kecomelan si kecil.

– “Tak sabar nak tengok baby girl, mesti cantik macam ibu.”

– “Tahniah, selamat berpantang Wany.”

– “Alhamdulillah, tahniah Wany. Semoga menjadi ibu yang hebat buat anak solehah.”

– “Alhamdulillah tahniah Wany dan suami. Semoga baby dan ibu sihat selalu.”

– “Alhamdulillah. Semoga dikurniakan anak penyejuk mata dan penghibur hati kedua orang tuanya.”

Baca juga: Wany Hasrita kini suri hati Al-Adib

Terdahulu, Wany pernah memberitahu SinarPlus bahawa dirinya tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang kehamilan.

Penyanyi lagu Rintihan Rindu itu berkahwin dengan juruterbang, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada 22 Julai 2022 selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Wany hanya mendedahkan dirinya hamil selepas kandungan mencecah enam bulan.

Baca juga: Bahaya tumpah darah lepas bersalin rahim boleh dibuang, 12 golongan ibu hamil ini jaga-jaga ya

7 TIP BERI NAMA ANAK DALAM ISLAM

Iklan

Selain itu, SinarPlus ingin berkongsi tip buat ibu bapa yang baru menimang cahaya mata menamakan anak yang baru dilahirkan.

Ada yang mengatakan ia afdal diberikan pada hari ketujuh, betul ke? Ini penjelasan Pejabat Mufti Wilayah:

1-Harus untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahirannya.

2- Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

3-Tentang waktu terbaik untuk memberikan nama kepada bayi, Pejabat Mufti Wilayah cenderung untuk memilih pendapat bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah sebaiknya diberikan nama pada hari kelahirannya.

4-Hari ketujuh pula boleh dijadikan hari pengisytiharan nama bayi tersebut kepada sanak-saudara dan orang lain dan ia sangat bersesuaian jika pada hari tersebut juga diadakan majlis aqiqah untuk bayi tersebut.

5-Disarankan agar memberikan nama yang baik, tiada sebarang unsur syirik dan ada harapan serta doa untuk anak yang dinamakan itu.

Iklan

6-Dicadangkan agar nama-nama yang diberikan berbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti, ia amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.

7-Ia bertujuan agar tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Sumber: Instagram Wany Hasrita, Pejabat Mufti Wilayah 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang