Lebih 20 hari rujuk, warganet gembira Diana Danielle & Farid Kamil kembali bersatu
PASANGAN pelakon Diana Danielle Danny Beeson dan Farid Kamil menjadi perhatian ramai apabila muncul bersama-sama di dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Mereka kemudian terus menimbulkan tanda tanya apabila sama-sama menghadiri acara hiburan Karnival Mega Suria di Petaling Jaya, Selangor.
Dalam satu video yang tular, aksi Farid memegang erat tangan dan mencium Diana mencuri perhatian umum.
Menerusi laporan media, ibu bapa kepada Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 itu sudah kembali rujuk pada 31 Ogos lalu.
Berita tersebut dimaklumkan aktor Anwar: The Untold story itu dalam sebuah program hiburan.
"Alhamdulillah, saya dan isteri kembali rujuk pada 31 Ogos 2023," ujar farid.
Menurutya, pengalaman lalu mematangkan manakala kesepakatan untuk rujuk adalah kerana agama.
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin ALLAH. Pengalaman lalu mematangkan kami.
"Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan agama supaya dapat membimbing anak-anak," katanya.
Baca juga: Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle
Diana pula menerusi temu ramah bersama media berkongsi tidak berhenti berdoa untuk keluarga. Katanya, sepanjang perpisahan pada Ogos lalu, mereka berdua bermuhasabah diri dan menilai semula perkahwinan.
"Kami berdua tidak berhenti berdoa untuk jalan yang terbaik. Kami pun tidak tahu apakah yang terbaik kerana ia adalah rahsia ALLAH.
"Jalan terbaik yang kami dapat adalah untuk menjalinkan hubungan. Apabila kita berpisah, jadi kita bermuhasabah diri dan bertenang.
"Proses itu membolehkan kita berfikir secara rasional," ujar Diana yang berterima kasih atas doa yang dititipkan buat mereka.
Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
5 INFO RUJUK
1-Dari segi bahasa, rujuk bermaksud kembali.
2-Dari segi syarak, rujuk ialah mengembalikan isteri yang telah diceraikan dengan talaq rajie kepada ikatan perkahwinan dengan suaminya menggunakan lafaz tertentu dalam tempoh iddah.
3-Rujuk hanya boleh dilakukan jika isteri itu telah diceraikan dengan talaq rajie iaitu talaq satu dan talaq dua sahaja. Sebaliknya jika isteri itu diceraikan dengan talaq bain, maka ruju' tidak boleh dilakukan.
4-Tempoh rujuk bermula daripada saat isteri diceraikan hinggalah tamat tempoh iddah.
5-Bagi isteri masih berhaid dan tidak hamil tempoh rujuk ialah hingga tiga kali suci manakala isteri yang hamil ialah sehingga bersalin atau keguguran. Bagi isteri yang putus haid, tempoh rujuknya ialah tiga bulan (hijrah).
Baca juga: Jatuhkan talak guna alat komunikasi moden kaedah yang tidak tepati adab penceraian
Sumber: Astro Gempak, e-munakahat.penang.gov.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang