ISU berkaitan kemahiran menyiang ikan menjadi topik bualan ramai. Kalau zaman dulu ia skil yang wajib dikuasai anak dara sebelum berkahwin, ramai mengatakan ia tidak lagi penting kerana kedai dan pasar raya menyediakan servis tersebut termasuk Uyaina Arshad.

Pengacara dan pelakon itu mengakui semenjak bernikah dengan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran dua tahun lalu, lelaki itu tidak pernah persoal hal tersebut. Ujarnya, ibu mertua pun tidak mempertikaikan.

ikan

“Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami I juga paling chill.

“Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.

“Tapi relaks lah, dalam kalangan kaum lelaki pun ada jer yang tak pandai tukar tayar kereta, so…,” titipnya.

Baca juga: Serangan jantung punca abang Uyaina meninggal dunia, pesan golongan muda buat pemeriksaan

Baca juga: Apa kaitan wajah cantik, hantaran mahal dengan tak pandai siang ikan?

Baca juga: Patutlah ramai makan ikan tongkol alah gatal-gatal, ini petua mudah siang buang bisa

Baca juga: [VIDEO]Bersih! Wanita kongsi cara mudah siang ikan guna chopstick, berus gigi

Uyaina yang turut berkongsi sajian ikan berlado berkata ibu mertuanya rajin menyediakan juadah apabila mereka sekeluarga pulang.

Kata Uyaina, tidak tahu boleh bertanya dan belajar. Justeru, sebagai menantu, beliau tetap turun ke dapur dan melakukan kerja-kerja memasak.

“Ibu mertua pun sama. Sangat awesome! Tapi saya masuk dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat. Haaa camtuh,” kongsinya.

Ujar Uyaina, pada masa akan datang beliau akan mencadangkan cabaran menukar tayar kereta kepada penerbit rancangan televisyen tersebut.

 

Warga maya rata-rata turut bersetuju dengan pendapat pelakon berusia 31 tahun itu dan menyatakan perkara itu sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Ujar mereka:

– “Sebab tu aku tak bising sangat pasal kes siang ikan ni. Aku pun sedar aku banyak benda tak pandai. Banyak benda lagi kena belajar.”

– “Lelaki pun ramai tak boleh jadi imam , patutnya tu yang malu.”

– “Saya punya mak tak kisah pun. Tak masak, beli jer. Tapi selalu mak yang masak. Tak pun adik lelaki masak, sebab dia cef. Benda boleh belajar. Macam la tak hidup kalu tak reti siang ikan.”

Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Raja Urhan yang kini berusia setahun.

TIP TIDAK TERTIPU BELI IKAN DIAWET FORMALIN

pekasam
HANYA siang ikan tanpa membuang sisik bagi mengelakkan isi ikan hancur ketika digoreng.

1-Formalin, bahan pengawet berbahaya bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ. Ia juga boleh menyebabkan kanser.

2-Kegunaan formalin adalah untuk mengawet mayat dan spesimen di hospital, bahan pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri.

Iklan

3-Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di Asia sehinggakan mi kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih-lebih lagi barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.

4-Nelayan laut dalam perlu berada di lautan selama satu hingga dua minggu untuk mendapatkan beberapa tan hasil tangkapan hasil laut yang berkemungkinan diawet dengan formalin.

5-Justeru, bagaimana untuk kenal ikan yang diawet dengan formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar iaitu:

1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.

2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).

3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.

4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dan lain-lain).

5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.

Iklan

6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong (ikan besar seperti tenggiri dan lain-lain).

7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minimum. Badan ikan/makanan laut tetap kekal keras dari pagi ke petang. (Ikan tidak berpengawet perlu diletakkan di dalam tong ais untuk mengekalkan kesegarannya).

8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.

9)Bau – Cuba cium bau ikan/makanan laut yang ingin dibeli. Makanan laut segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.

10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur dan cepat busuk.

Sumber: X Uyaina Arshad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!