TAHUKAH korang rupa-rupanya ada cara paling mudah siang ikan.

Jika biasanya kita membelah perut ikan menggunakan pisau atau gunting, kini ada kaedah yang lebih senang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Cara tersebut hanyalah menggunakan chopstick dan berus gigi sahaja.

Buat korang yang ‘jarang-jarang’ menyiang ikan, risau tangan terluka jika guna peralatan tajam boleh ikut cara siang ikan yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok bernama Syifa Jamil.

Hanya perlu menggunakan chopstick dan berus gigi saja tanpa perlu membelah perut ikan tersebut. Mudah sangat!

Menerusi video tersebut, Syifa Jamil turut berkongsikan cara mengenal ikan segar. Kena lihat pada mata ikan, kalau tak merah dan tak kotor bermakna ikan tersebut masih segar.

Kalau ikan masih segar, baru senang bila nak cuci sebab tak lembik dan isi perut tak terkeluar.

Ikan kembung percik enak memukau selera

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warga maya teruja dengan kaedah yang digunakan.

Iklan

Ujar mereka;

“Wow!! Chopstick and brush je, semua bersih!!!”

“Patutla husband saya cari berus gigi dia tu tak jumpa.. rupanya dia share berus gigi dengan ikan.”

“Aku sorang jeke yang terbatuk batuk part dia masukkan berus gigi kat ikan tu…”

“Tak pernah seumur hidup aku cuci ikan guna berus gigi.”

Baca juga Banteras nikah bawah usia, had umur perkahwinan perempuan Islam kekal 16 tahun

“Aku triggered sebab berus gigi tu sama macam berus gigi aku sekarang.”

Dalam perkongsian yang sama, kelihatan ikan yang disiang sangat bersih. Bolehlah korang mencuba!

Semoga bermanfaat!

Iklan

Kredit: TikTok Syifa Jamil

@syifajamillReply to @aaishahayuni ##TahukahAnda Cara nak kenal ikan segar? Okay now you know! ##CifaCooks ##SiangIkan ##MYFoodie

♬ original sound – Cifa Masak Kalut Kalut