‘Lepaskan hal yang telah menyakiti, dalam kesabaran ada hal indah menantimu.’ – Puteri Sarah

BERITA perpisahan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pengarah, Syamsul Yusof menjadi perhatian.

Selepas kedua-duanya gagal menemui jalan pendamaian selain enggan bermadu, Puteri Sarah memfailkan perceraian pada 16 Januari 2023.

Setelah melalui pelbagai proses yang memakan masa hampir enam bulan, akhirnya talak satu dilafazkan Syamsul di mahkamah sekali gus menamatkan rumah tangga yang telah dibina sembilan tahun lalu.

Pun begitu, kedua-duanya mencapai kata sepakat akan terus berbaik demi masa depan anak-anak.

Melalui momen perpisahan saat ini, ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, meluahkan isi hati dan berlapang dada.

Baca juga: Syamsul, Puteri Sarah saling mendoakan untuk kehidupan baharu masing-masing

Puteri Sarah menitiskan air mata ketika Majlis Pra Pelancaran Buku Puteri Sarah ‘Terus Melangkah’ di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru-baru ini.

“Lepaskan. Dulu saya sangat takut untuk melepaskan.

“Dulu saya benci perpisahan dan benci mengakhiri sesuatu.

“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup.

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni. Takut akan segalanya,” titipnya.

Tambahnya lagi, perpisahan yang terjadi pasti ada hikmah. Malah kesakitan yang dilalui dengan penuh kesabaran akan berakhir dengan kemanisan pada akhirnya.

Kredit foto: Sinar Harian

“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan.

“Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan. Kamu tahu melepaskan itu indah.

“Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu,” titip Puteri Sarah.

Baca juga: Akhirnya…. Syamsul Yusof, Puteri Sarah sah bercerai talak satu

Iklan

Melalui prosedur di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah menjalani iddah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.

Mahkamah turut merekodkan Syamsul membayar nafkah tahunan kepada anak-anak antaranya insurans berjumlah RM3,500 dan percutian RM5,000 untuk setiap seorang anak.

Selain itu, mahkamah merekodkan beliau membayar nafkah iddah RM15,000.

Manakala isu saman melibatkan Puteri Sarah Liyana terhadap Ira Kazar didakwa mengganggu rumahtangganya telah selesai.

Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof, kes tersebut selesai berdasarkan penyelesaian penuh yang ditandatangani oleh Syamsul dan Puteri Sarah.

Iklan

Beliau berkata, penyelesaian berkenaan dibuat secara penuh dan muktamad, maka tiada sebarang isu yang timbul antara kedua-dua pihak.

Baca juga: Apakah dimaksudkan cerai cara baik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof? 13 info wanita perlu tahu

Sumber: Instagram Puteri Sarah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi