ANTARA yang terbaik dari langit, selamat hari lahir sayang abah.” Demikian ucapan penuh makna dan kasih seorang bapa kepada cahaya mata pertamanya.

Titipan itu dikongsikan oleh pendakwah bebas, Haris ismail atau PU Riz, 29, kepada anaknya, Muhammad Bilal yang menyambut ulang tahun kedua pada Isnin.

Suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor tersebut mengungkapkan rasa cinta dan sayang kepada buah hati sulungnya itu yang kian membesar dengan baik.

“Buat anakandaku Muhammad Bilal yang ku pateri cinta sepenuh hati, selamat hari lahir sayang abah….,” katanya menerusi Instagram miliknya.

Baca juga: Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

Baca juga:Comel! Neelofa belanja; wajah Abdullah Abbas dalam pantulan cermin

BACA PUN SEBAK

Rata-rata warga maya turut tersentuh dengan ucapan Haris selain mendoakan Bilal menjadi anak soleh serta berjaya dunia dan akhirat.

“Luhur hati seorang yang bergelar ayah, tersentuh. Selamat hari jadi anak soleh, Bilal sayang!” kata iamsuhaylasunar2.

“Baca ni pun tersentuh. Selamat hari lahir, Bilal. Semoga yang baik-baik datang kepada Bilal, dunia dan akhirat.. Aamiin,” kata Nazatulelliesya_.

“Antara ucapan terbaik, tersentuh baca kata-katanya,” ujar nurdashila_daud.

“Sebak baca ucapan abah Bilal.. Semoga Bilal dan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh,” kata Anisa_nhr.

Iklan

Baca juga:Google Doodle raikan hari kelahiran ke-67 tokoh animasi Malaysia, Allahyarham Kamn Ismail

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Pasangan sama padan sama cantik itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal serta Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai 2023.

Posting tersebut menerima lebih 24,000 likes dan 157 komen setakat ini.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang