'Maaf salah faham.' Fathia dedah bukan peguam bertauliah tetapi kerani di firma guaman

A
A
A

PELAKON Fathia Latiff baru-baru ini menarik perhatian warga maya apabila memuat naik foto beserta kapsyen yang menyatakan dirinya sebagai pengamal undang-undang.

Pelakon Ariana Rose itu terdahulu memuat naik sekeping foto memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat.

Bagaimanapun, hari ini Fathia tampil menjelaskan situasi sebenar dan memohon maaf kerana telah menimbulkan kekeliruan.

Baca juga: Beauty with brains, Fathia Latiff kini pengamal undang-undang, rupanya graduan law UiTM

"Salam, saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.

"Saya bukanlah seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.

"Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang," titipnya.

Baca juga: ‘Dunia seni bukan jiwa saya.’ Dr Nur Fasiha Latiff bakal terbang ke Dublin dalami bidang kardiologi

Pelakon berusia 35 tahun ini turut memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak," kongsinya.

Daripada tinjauan SinarPlus, Fathia juga telah menyunting kapsyen gambar berkenaan daripada pengamal undang-undang kepada pembantu undang-undang atau legal assistant.

Baca juga: Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

Sumber: Instagram @fathiyalatiff

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca