Mahu jadi orang pertama bawa suami ke Tanah Suci, Makkah pilihan bulan madu Uqasha, Kamal

A
A
A

"KAMI rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula."

Begitu ungkapan yang diluahkan pelakon cantik, Uqasha Senrose, apabila ditanya mengenai perancangan bulan madu bersama suami, Kamal Adli.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kata Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, ketika dirinya mengerjakan umrah kali kedua lalu, mereka berdua dalam fasa mengenali antara satu sama lain.

"Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamaldan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.

"Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-ALLAH, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci," katanya.

Setelah genap sebulan menyimpan rahsia perkahwinan, pasangan selebriti popular itu mengumumkan mereka sebenarnya sudah pun selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November lalu.

Berita gembira itu dikongsi semalam menerusi majlis sidang media liputan eksklusif 'Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose' sekali gus menamatkan desas-desus mengenai hari bahagia mereka yang bertebaran sejak beberapa hari lalu.

Baca juga Perjuangan 11 tahun berhasil, Elyana kini bebas kanser limfoma

Uqasha, Kamal

Pada majlis itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, selamat bergelar suami kepada Uqasha dengan dua kali lafaz.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin disaksikan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib, jam 9.39 pagi pada 5 November lalu.

Baca juga Kamal, Uqasha Sah Bergelar Suami Isteri Sejak Sebulan Lalu

Majlis bertemakan prekahwinan dalam taman itu menyaksikan Kamal menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50, beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada Uqasha. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Terdahulu sebelum ini, Kamal membuat kejutan dengan melamar Uqasha secara langsung ketika siaran Anugerah Meletop Era 2020 dan kemudiannya mengikat tali pertunangan pada April lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca