TENTU ramai masih ingat drama komedi romantik Crash Landing On You yang pernah popular pada 2019.

Drama popular itu pernah mencatat rating ketiga tertinggi dalam sejarah televisyen kabel Korea Selatan.

Dua watak utama Crash Landing On You, Hyun Bin sebagai Kapten Ri Jeong-hyuk dan Son Ye-jin sebagai Yoon Seri mengumumkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Kedua-duanya dikatakan dilamun cinta selepas penggambaran Crash Landing On You mendedahkan hubungan secara rasmi pada 1 Januari 2021.

Kata Son Ye-Jin, 40, dia sudah menemui teman sejati yang akan menemaninya hingga akhir hayat.

“Saya sudah memiliki seseorang yang akan mendampingi saya seumur hidup. Ya..itu dia,” titipnya menerusi Instagram.

Ia adalah berita yang dinanti-nantikan bagi para peminat KDrama.

Manakala Hyun Bin, 40, turut membuat hantaran di Instagram agensinya, Vast Entertainment mengumumkan dengan menyatakan akan melangkah ke alam perkahwinan.

Baca juga: Lisa Blackpink, Halima Aden Antara ‘Wajah Paling Cantik’ 2021

“Hello ini Hyun Bin, saya menulis hantaran ini kerana saya ingin peminat yang selalu memberi sokongan dan perhatian tentang keputusan terpenting dalam hidup saya terlebih dahulu.

“Mungkin ada yang sudah mengharapkan perkara ini. Ya, saya sudah membuat keputusan tentang perkahwinan dan secara berhati-hati mengambil langkah untuk ke fasa seterusnya dalam hidup saya.

Iklan

“Saya sudah berjanji dengan gadis yang selalu membuat saya tersenyum dan berjalan bersama saya di masa hadapan,” tulisnya.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Menurut AllKpop, Agensi Hyun Bin memuat naik kenyataan rasmi pada 10 Februari

Iklan

Perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung di lokasi rahsia di Seoul pada bulan Mac.

Susulan Covid-19, majlis berkenaan akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri ibu bapa dan kenalan.

Selain Crash Landing On You , kedua-dua mereka pernah bekerjasama pada tahun 2018 dalam filem aksi, Negotiation.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Allkpop