DOA ibu salah satu perkara yang dapat melindungi anak daripada bahaya. Pelakon dan juruhebah, Sharifah Shahirah berkongsi berita anaknya terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah bas.

Anak lelakinya, Airell Zulkifli, 18 dilaporkan menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Baca juga: Mak paling rare. Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

Airell berdiri paling kiri.

“Anak saya dalam bas ini pagi tadi. Alhamdullillah ok sudah ada di rumah.

“Dia (Airell)tidak beritahu, dia kata bas rosak. Nasib duduk di tempat duduk belakang. Emak tidak berhenti doakan untuk anak-anak. Allahuakbar. Di Jasin, Melaka,” kongsi selebriti yang mesra disapa Shiera itu.

Biarpun Airell pada mulanya dikatakan cuba berselindung dengan memberitahu bas yang dinaiki rosak, hasil daripada desakan berita duka itu diberitahu akhirnya.

Dalam masa yang sama, deejay radio Sinar FM itu turut menitipkan kesyukuran Airell selamat.

Menerusi IG Story, ibu kepada lima cahaya mata itu mendedahkan Airell mengalami luka pada hidung, dahi dan betis. Tidak hanya itu, gigi airell juga patah.

Baca juga: Anak sulung bergelar isteri, Sharifah Shahirah terima menantu

“Alhamdulillah anak lelaki ok, kita baru tahu.

“Sujud syukurlah anak. Takut hendak beritahu, akhirnya emaknya selidik, beritahu juga,” titip Shiera yang sedang bekerja ketika itu. 

 

 

Menurut laporan Sinar Harian, kemalangan berlaku di di Kilometer 179.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara). Seramai 16 penumpang cedera ringan apabila bas ekspres dinaiki merempuh sebuah treler.

Iklan

“Anggota bomba mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula. Tiada kemalangan jiwa dan kesemua 16 penumpang itu telah diberi rawatan awal,” kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Pegawai Bomba Kanan II Azman Md Dawam.

Baca juga: Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

Beliau berkata bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri.

Katanya kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Baca juga: Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

Sumber: @shieraijoy, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan