MASALAH paru-paru berair, itu pengesahan doktor terhadap penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau ketika dikejarkan ke hospital.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak malam semalam selepas mengadu sesak nafas.

Raja gelek yang terkenal dengan lagu ‘Sirih Pinang’ dan ‘Cek Mek Molek’ itu sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah kesihatan kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Memetik laporan media tempatan, menurut isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 62, suaminya itu mengadu mengalami sesak nafas sejak malam semalam dan mereka telah menghubungi klinik berhampiran sebelum dia dibawa ke HTI untuk menerima rawatan selanjutnya.

Baca juga “Doakan kesihatan saya, andai saya pergi, sedekahkan al-Fatihah kepada saya” – M. Daud Kilau

"Doakan kesihatan saya, andai saya pergi, sedekahkan al-Fatihah kepada saya" - M. Daud Kilau

Ujarnya, apabila mendapatkan rawatan di unit kecemasan, doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah paru-paru berair.

Katanya lanjut, Raja Gelek Malaysia itu masih berada dalam keadaan lemah dan tidak boleh bercakap lagi.

Iklan

Dalam pada itu, Rohani juga megharapkan orang ramai supaya mendoakan kesihatan suaminya yang berdepan masalah kesihatan sejak lima tahun lalu.

“Keadaan Datuk agak lemah serta tidak berapa stabil dan tidak boleh bercakap. Harap para peminatnya mendoakan agar dia segera pulih dan kembali sihat seperti sebelum ini,” katanya.

Semoga Datuk M. Daud Kilau kembali pulih seperti sedia kala.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.