ANAK anugerah Allah yang tiada nilainya. Kehadiran dalam sesebuah keluarga sangat dinanti-nanti dan semestinya memberikan kebahagiaan.

Begitu juga dengan jejaka ‘Mat Saleh’ yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan mengumumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Mat Dan turut berkongsi sekeping foto zuriat keduanya yang merupakan bayi lelaki, selamat dilahirkan pada pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, memaklumkan keadaan bayi dan isterinya stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah ketika ini.

Katanya juga, dia tidak sabar untuk membawa anak keduanya pulang bertemu dengan anak sulung, Muhammad Zayne Tyler yang kini telah berusia dua tahun.

Baca juga [VIDEO] Bot Ardell diserbu ketika sampaikan misi bantuan di Sabah

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan tahniah dan syukur atas kelahiran bayi tersebut.

Iklan

Kata mereka;

azie63 – Alhamdulillah… Tahniah. Moga ibu dan anak sihat… Selamat berpantang.

anamashira – Alhamdulillah… Another cute and clever baby boy… Abang have frenz to have fun.

fadzilahabdulaziz – Congratulations Mat Dan, wife and the whole family. Looking forward to seeing the cutie.

cikfathenelyana – Congrats… Alhamdulillah for 2nd baby.

stokin410 – Congrats Mat Dan and family on your new bundle of joy!

Terdahulu, Mat Dan berkahwin dengan Nadifa Adnan, berasal Terenganu pada 2017 yang turut menjadi tumpuan media pada masa itu.