TIGA hari lalu, pelakon dan pengacara Nadzmi Adhwa meminta semua pihak mendoakan isterinya, Ardell Aryana yang menyertai Misi Bantuan Kecemasan ke Sabah.

Ardell Aryana menyertai misi itu sebagai mewakili badan sukarelawan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Namun apa yang mencuri perhatian warganet, perkongsian sebuah video menerusi Instastory @Ardellaryan cukup membuatkan ramai orang sebak dengan realiti sebenar apa yang berlaku di Sabah.

Video berdurasi satu minit 13 saat itu yang dikongsi kembali oleh pengguna Twitter @ Amirul Aslam memaparkan Ardell bersama pasukannya MyFundAction, sedang mengagihkan bekalan makanan kepada mereka yang telah siap sedia menunggu.

Bantuan yang diberikan merupakan barangan asas seperti beras, gula dan susu.

Baca juga ‘Doakan isteri saya…’ – Nadzmi sebak, Ardell sertai Misi Bantuan Kecemasan Sabah

Tambahan pula, video tersebut jelas menunjukkan mereka penduduk Sabah ini sudah ternanti-nanti akan bantuan yang bakal tiba dan berebut antara satu sama lain.

Iklan

Paling menyedihkan, apabila bantuan ini disampaikan di atas bot sahaja serta pasukan ini terpaksa memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) di bawah terik panas matahari bagi memastikan keselamatan diri mereka daripada ancaman virus Covid-19.

Selain itu, Ardell turut memaklumkan rakan artis, Janna Nick turut memberikan sumbangan kepada dirinya untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah dan turut mendoakan individu-individu yang telah memberikan sumbangan selama ini akan mendapat ganjaran syurga di akhirat.

Iklan

Jika korang turut berminat untuk sama-sama membantu badan NGO yang aktif di Malaysia dan laur negara ini, boleh terus menghubungi @MyFundActio atau layari https://www.billplz.com/TabungCovid19_T01