MAT KILAU: Kebangkitan Pahlawan mencipta sejarah memecahkan rekod dipegang Munafik 2 sebagai filem meraih kutipan tertinggi dengan rekod terkini mencecah RM39 juta.

Syarikat pawagam, Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan Mat Kilau sebagai filem tempatan paling laku setakat ini mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Munafik 2.

Baca juga: Penerbit Mat Kilau rupanya jutawan, pemilik Hospital Az-Zahrah, PU Amin dedah kisahnya

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!

“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” kata GSC menerusi hantaran di Twitter.

Baca juga: Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3

 

Baca juga: ‘1 hari 1 juta, 2 hari 2 juta’ – Filem Mat Kilau terima sambutan luar biasa

GSC menambah, jumlah kutipan bagi filem Munafik 2 adalah RM37.7 juta pada tahun 2018.

Fakta yang menarik ialah kedua-dua filem tersebut diarahkan oleh sutradara yang sama iaitu Syamsul Yusof.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan diilhamkan daripada tokoh epik sejarah, Mat Kilau yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan.

Sementara itu, Syamsul menerusi Instagram miliknya menitipkan rasa syukur di atas kejayaan filem itu dan berterima kasih kepada semua penonton.

“Tiada kata, Alhamdulillah. Semalam (Sabtu, 2 Julai 2022) timbul fenomena luar biasa dalam industri filem Malaysia.

“Kutipan pada hari Sabtu sahaja berjumlah RM7.3 juta. Masya-ALLAH, kuasa ALLAH. Terima kasih Malaysia, Singapura dan Brunei. Terima kasih kerana masih percaya kepada sentuhan saya dan team,” katanya.

Baca juga: Fazura puji Fattah Amin sebagai Awang dalam Mat Kilau, 3-4 pagi masih dalam sungai

Iklan

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu dibintangi nama-nama besar seperti Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy sebagai Wahid manakala aktor Fattah Amin memegang watak Awang.

Selain itu ia turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Johan Asa’ri, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.

TOP 5 FILEM ‘BOX OFFICE’ MALAYSIA

1. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022): RM39 juta

1. Munafik 2 (2018): RM37.74 juta (termasuk Indonesia, Brunei, Singapura)

3. Hantu Kak Limah (2018): RM36.23 juta

Iklan

4.Ejen Ali (2019): The Movie RM30.05 juta

5.BoBoiBoy Movie (2019): RM29.57 juta

Sumber: Finas, GSC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.