Membanggakan! Aina Abdul julang nama Malaysia pada ‘ABU TV Song Festival 2023’ di Korea Selatan

MEMBANGGAKAN! Penyanyi Aina Abdul terus melakar sejarah tersendiri.

Kali ini penyanyi yang mula hits menerusi lagu Sumpah itu telah memukau 2,000 penonton di pentas global ABU TV Song Festival 2023 anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).

Penganjuran festival nyanyian berprestij edisi ke-12 pada kali ini dihoskan oleh stesen televisyen nasional Korean Broadcasting System (KBS) yang telah berlangsung di KBS Hall, Seoul, Korea Selatan pada Ahad.

Selain Aina, ia turut menyaksikan pembabitan seramai 11 penyanyi tersohor dari 11 negara terdiri daripada Tia Ray (China), Chau Kat Pui (Hong Kong), Malini Awasthi (India), Ayaka Hirahara (Jepun), Mamamoo (Korea Selatan), Winifai (Macau), Sheron Silva (Sri Lanka), Annamyradow Begmyrat (Turkmenistan), Umut Sülünoğlu & Uğur Önür (Türkiye) dan Erik Lê Trung Thành (Vietnam).

Bagaimanapun Aina tetap berjaya memukau hampir 2,000 penonton di dalam dewan menerusi lagu hit ciptaannya Terus Hidup.

Baca juga Pernah menyanyi di kelab, bermula dari bawah, kisah jatuh bangun Aina Abdul jadi inspirasi!

AINA ABDUL
Aina menggunakan masa hanya dua minit untuk menukar busana.

Mengulas lanjut mengenai persembahannya di pentas gah ABU TV Song Festival 2023, Aina berkata, diberi peluang keemasan mewakili Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa merupakan satu penghormatan yang cukup istimewa buatnya.

“Ia bukan sahaja memberi dimensi positif kepada kerjaya seni saya, bahkan boleh disifatkan antara salah satu pengalaman terbaik yang pernah saya kecapi sebagai penyanyi.

“Seperti yang kita tahu, industri K-Pop mempunyai reputasi global dan digilai oleh peminat seluruh dunia. Manakala KBS pula merupakan antara platform utama yang menjadi lubuk kelahiran artis-artis ternama K-Pop.

Baca juga Fesyen AJL37 jadi bualan. Busana Aina Abdul memang ‘next level’, pakaian Nabila Razali & Janna Nick kena kecam

Iklan

“Mengetahui bahawa program ini turut disiarkan di saluran KBS dan persembahan saya akan ditonton oleh jutaan rakyat Korea Selatan khususnya, saya tidak dapat menggambarkan betapa bermaknanya peluang yang diberikan tersebut.

“Walaupun hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja, saya bangga dapat membawa nama dan budaya Malaysia tercinta di pesada dunia,” ujarnya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!