NAMA Aina Abdul, 30 menjadi trending di laman sosial. Kekuatan vokal memukau, lagu ‘Terus Hidup’ dendangannya mencuri perhatian ramai.

Aina yang terkenal dengan gaya yang unik pada setiap persembahannya kerap kali menjadi topik hangat di laman sosial.

Namun wanita ini tidak datang dengan gosip murahan dan omongan kosong, bakatnya yang menyerlah dalam dunia seni wajar dijadikan inspirasi para wanita.

Dalam hantaran di Instagram, Aina yang muncul juara Anugerah Juara Lagu 37 dan vokal terbaik memberikan ucapan penghargaan buat peminat.

Baca juga: Aina Abdul rangkul juara AJL37, Vokal Terbaik

“Kemenangan untuk semua peminat ‘Terus Hidup’, ‘mencari ketenangan dalam kekuatan, mencari kekuatan dalam perpisahan.

“Terima kasih kepada peminat-peminat di stadium mahu pun di rumah yang menghidupkan ‘Terus Hidup’ di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Forever grateful, Alhamdulillah,” titipnya.

Baca juga: Impak fesyen unik Aina Abdul, cipta identiti dengan cara tersendiri

Lebih sedekad dalam industri, usaha, ketekalan dan fokusnya membuahkan kejayaan paling manis. Berikut adalah fakta membanggakan Aina yang wajar dijadikan inspirasi:

1-Aina Abdul yang dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan memiliki Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, Kuala Lumpur.

2-Beliau ialah anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Zaini Abdullah dan Abdul Ghani Abdullah memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.

3-Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010. Beliau kemudian memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011 dan pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ.

4-Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan menjadi anak didik penyanyi rock Ella. Menerusinya beliau dinobatkan sebagai naib juara.

5-Selepas itu beliau terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World.

6- Aina ialah finalis AJL34 dengan menyanyikan lagunya sendiri bertajuk Sumpah.

Baca juga: (10 gambar) Tidak hanya mawar hitam yang tular, Aina Abdul memang terkenal penampilan unik, berani

Iklan

7-Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya dan berjaya merangkul gelaran juara.

8-Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan muncul sebagai juara bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.

9-Pada Disember 2020, lagunya Semalam layak mara ke AJL35 dan meraih naib juara.

Iklan

10-Bapa Aina meninggal ketika Aina baru berusia 15 tahun pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan. Dalam temu bual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan insan tersayang itu membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran.

“Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya,” katanya.

Semoga kejayaan yang diraih Aina menjadi inspirasi buat kita semua agar terus memajukan diri.

Tidak mengapa jika perlu bermula dari bawah tetapi jangan hilang fokus dan terus tingkatkan penguasaan dalam bidang yang diceburi.

Baca juga: “Dia akan lalai, asyik nak berkepit,” – Aina Abdul pilih fokus kerjaya berbanding cinta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.