Michael Learns To Rock hiburkan peminat di Malaysia 22 Oktober depan

A
A
A

KUMPULAN muzik Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) akan menghiburkan peminat pada Konsert MLTR Back On The Road Tour Live In Malaysia di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands, pada 22 Oktober depan.

Konsert anjuran MIC Entertainment Group itu akan menyaksikan peminat setia MLTR akan dihiburkan dengan lagu-lagu hit seperti “Take Me To Your Heart”, "25 Minutes”, “That’s Why You Go Away” dan “Paint My Love”.

Kumpulan yang oleh Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher itu mula aktif sejak 1988 itu telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi.

MLTR berjaya mencatat jualan melebihi 11 juta album di peringkat global dan lebih daripada enam juta lagu-lagu kumpulan tersebut dimuat turun secara berbayar.

Malah muzik MLTR masih bertahan sehingga kini dan terus menjadi pilihan peminat untuk distrim dan ditonton menerusi platform digital di seluruh dunia.

MLTRMLTR dianggotai Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher.

Sejak kemunculan mereka, MLTR sering memenangi pelbagai anugerah di banyak negara dan mereka telah mengadakan lebih daripada 600 konsert di pelbagai negara.

Tiket berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4) mula di jual di www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com. Semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej hotel turut ditawarkan kepada peminat yang ingin menonton konsert itu sambil bercuti di Resorts World Genting dengan harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2).

Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di Bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman.

Tempahan boleh dibuat dengan melayari www.iondelemenhotels.com. Untuk maklumat lanjut layari Facebook MIC Entertainment Group.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca