SEMUA maklum, penyanyi dan usahawan berjiwa besar Mila Jirin mempunyai perniagaan berkaitan industri perkhidmatan majlis perkahwinan miliknya, Bizmilla Wedding Centre.

Mila atau nama sebenar Norsyarmilla Jirin, 33, seorang yang sentiasa berkongsi dengan pengikutnya tentang kehidupan dan perniagaan.

Terbaharu, Mila berkongsi sebuah kisah sedih di sebalik CCTV di dewan perkahwinan miliknya itu baru-baru ini.

“Pagi tadi jam 8 pagi, sedang ‘monitor all team’ dari CCTV, memang dah nampak kelibat dua anak kecil ini.

“Dalam hati saya “hantar ibunya bekerja hingga ke ‘pantry area’ agaknya…”

“Saya pun sibuk seperti biasa dari ‘home office’ hinggalah jam 10 malam tadi, sedang monitor satu lagi keadaan majlis di Bizmilla Wedding Centre, Subang kerana masih ada majlis pada sesi malam (Dinner Wedding).

“Mata saya terpaku pada Cam 18 ini… lama saya lihat pergerakan anak kecil ini.

“Dari pagi anak ini teman ibu dia kerja?” – saya bercakap sendiri sambil Arif Zikri terkebil kebil tanya saya “mommy sapa tu?” tulisnya di Instagram.

Menurutnya, rupa-rupanya kanak-kanak itu adalah anak kepada pekerjanya.

“Berbalik cerita anak kecil ini, saya tak pernah nampak sebelum ini.

“Apa yang saya boleh simpulkan, betapa tabah ibu anak ini, bekerja mencari rezeki dan betapa anak ini sangat memahami tugas ibunya. Duduk memerhati ibunya bekerja.

“Saya lihat mereka membaca buku… Allahuakbar, air mata saya gugur tadi. Saya ni memang hati tisu.

“Saya bisik dalam hati moga Allah permudahkan urusan anak-anak ini, limpahkan rezeki buat mereka, saya doa anak ini jadi anak solehah yang akan bantu ibunya kelak. Tengah tulis pun mata berkaca kaca…” ujarnya.

Baca juga Mira Filzah tak mudah melatah

Pelantun lagu Adam dan Hawa itu turut mengatakan Allah sedang mengujinya.

“Allah nak didik saya untuk lebih hargai orang sekeliling, Allah nak didik saya agar lebih hargai apa yang Allah pinjamkan. Allah nak didik saya.

“Saya termenung sekejap tadi, sering saya cakap “besar ujian Allah tatkala Covid-19 ini” tapi malam ini Allah didik saya. Lebih ramai hamba Allah yang diuji dengan lebih hebat.

“Doakan saya agar istiqamah, doakan saya jadi hamba Allah yang banyak memberi manfaat,”mohonnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)