Taylor Swift terima ijazah kehormat

A
A
A

PENYANYI popular antarabangsa, Taylor Swift melakar sejarah manis apabila diberi penghormatan sebagai penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dari New York University (NYU) atas segala pencapaian terbaiknya sepanjang 16 tahun dalam industri seni.

Swift, 32, menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang Seni Halus dan berpeluang menyarung jubah konvokesyen meraikan bersama-sama graduan 2022 dari universiti berkenaan di majlis graduasi yang berlangsung di Stadium Yankee pada Rabu lalu.

Bintang kelahiran Pennsylvania, Amerika Syarikat itu dalam ucapannya berkata, semua orang mampu mengecap kejayaan dengan usaha yang diberikan.

“Saya sama sekali tidak rasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda semua telah berkorban dan belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.

“Saya tidak akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya, tetapi saya akan memberikan anda tip, apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya. Jangan pernah malu mencuba,” katanya.

Swift ceria meraikan kejayaannya pada majlis graduasi Universiti New York, Rabu lalu.

Penyanyi, komposer, penerbit dan pengarah itu memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun. Sehingga kini, pelbagai anugerah dan penghormatan yang diterimanya termasuklah artis paling banyak menang dalam sejarah Anugerah Muzik Amerika.

Malah pemenang Grammy sebanyak 11 kali itu juga merupakan satu-satunya artis wanita yang menerima penghargaan tertinggi industri muzik, Anugerah Grammy untuk Album Terbaik sebanyak tiga kali.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca