Mira Filzah kini suri hati Wan Emir

A
A
A

PELAKON dan pengacara cantik, Mira Filzah kini sah menjadi suri hati kepada arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam, Khamis.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dan Emir, dinikahkan oleh bapa Mira, Ir. Badioezaman Ab. Khalik sambil disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Mira menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan dan hadiah sembilan dulang hantaran.

Sementara pihak perempuan pula membalas dengan 11 dulang hantaran dan antara yang istimewa adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran nota pendek Mira kepada Emir yang diukir di belakang jam tersebut.

Lima daripada 11 hantaran Mira dibuat sendiri oleh nenek Mira yang kini berusia 81 tahun. Antara hantaran tersebut ialah kek fondant, tepak sirih, sirih junjung, halwa dan biskut. Kek pernikahan Mira juga merupakan hasil air tangan nenek Mira sendiri.

Majlis pernikahan penuh meriah itu dihadiri 250 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-saudara, rakan terdekat dan pihak media.

Pada majlis bertemakan Mihrab Cinta itu, Mira menggayakan busana baju kurung Pahang rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah.

Mira sebelum ini mengakui Emir yang juga merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mula berkenalan pada Oktober tahun lalu sebelum Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik dua bulan kemudian.

Majlis pertunangan mereka telah berlangsung pada 17 Julai 2020, manakala dua lagi majlis perkahwinan bakal dilangsungkan pada 4 September di Le Meridian Putrajaya dan diikuti di A-Park Pulau Meranti Puchong pada 6 September 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca