Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa
SETELAH 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mengambil anak angkat.
Aktivis kemanusiaan itu berkongsikan sekeping gambar bersama bayi lelaki bernama Musa di laman sosial Instagram.
Menurut Mizz Nina, Musa adalah berstatus mahram kepadanya dan sudah tiga bulan hadir di dalam keluarga kecil mereka.
Pada masa yang sama, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman mendedahkan telah melalui pelbagai usaha dan rawatan kesuburan sejak bertahun yang lalu.
Baca juga: Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai
Baca juga: Gabungkan nama bapa angkat ketika menamakan anak angkat. Ini hukumnya yang wajib kita tahu…
“Ia adalah perjalanan yang panjang hingga ke hari ini. Melalui proses IUI dan IVF selama bertahun-tahun, ALLAH menganugerahkan kami anak melalui cara lain dan itu semua sudah pasti.
“Jika ALLAH menghendakinya, tiada apa yang dapat menghalangnya.
“Hanya DIA yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya. Semua ujian dan perjuangan yang dilalui adalah ada hikmahnya,” titip Mizz Nina.
Dalam pada itu, Mizz Nina mengakui mengambil masa setahun untuk memutuskan mengambil anak angkat.
“Saya masih ingat, saya mengambil masa lebih setahun bersedia untuk usaha ini.
“Misi kemanusiaan yang disertai membantu saya dalam membuat keputusan. Melihat ramai bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa ibu bapa, tiada tempat yang boleh dipanggil rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.
“Ia membuka hati saya. Ia bukanlah mudah dan saya sentiasa berdoa kepada ALLAH agar diluaskan hati ini dan memberi ruang di dalamnya.
“ Alhamdulilah, dengan 'baby' Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya," tulisnya di Instagram.
Baca juga: "Nina ubah hidup saya": Noh Salleh
Dalam meniti fasa kehidupan sebagai ibu, Mizz Niza menganggap kehadiran anak angkatnya itu cukup istimewa.
“Dia adalah anugerah, ciptaan ALLAH yang indah dan istimewa. Menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan turun naik seperti 'roller coaster'. Kami menyayanginya setiap saat Alhamdulilah.
“Semoga menjadi cahaya bagi umat. Moga ALLAH melindungi keluarga kecil ini di dunia dan akhirat serta memasukkan ke dalam golongan orang-orang yang diredai-NYA, Aamiin,” titipnya.
Pendedahan oleh Mizz Nina menerima pelbagai reaksi daripada rakan artis dan warga maya yang rata-rata gembira dan menitipkan doa kebahagian buat keluarganya.
Mizz Nina berkahwin dengan Noh pada 1 Julai 2011. Terdahulu, Mizz Nina difahamkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Baca juga: Anak angkat bukan pembawa dosa
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang