Mula guna kad kredit, Dynas Mokhtar tak nak ‘berputih mata’ RM60,000 pernah lesap!

Copy of Copy of gambar portal_20240523_125529_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240523_125529_0000
A
A
A

 

SERIK wang simpanan berjumlah hampir RM60,000 lesap pelakon, Dynas Mokhtar kini membuka lebih daripada satu akaun bank selain turut menggunakan kad kredit.

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar menjelaskan, meskipun mempunyai kad bank lain disifatkan menyukarkan, namun daripada menanggung kerugian, maka tindakan itu dilihat lebih baik dan wajar.

“Sekarang (saya) ada ‘back up’ bank lain… sebelum ini tak ada.. Dulu ia satu-satunya bank dan kad debit yang digunakan sebab tak nak berhutang (dan pening kepala)

“(Tapi kini) tidak lagi, ada 10 kad kredit kerana duit hilang mereka boleh kembalikan.

“Jika nak mengguna kad debit, simpan duit di banyak bank… asingkan perbelanjaan dapur, pengangkutan. Susah, leceh ada banyak kad tapi wajar kerana nanti berputih mata,” katanya.

Baca juga: Hampir RM60,000 wang lesap diperoleh semula, Dynas Mokhtar kongsi kronologinya. ‘Rupanya diguna untuk shopping online serata dunia’

Dynas berkata demikian ketika ditemui majlis Hi-Tea Mum2Mum anjuran Farm Fresh di Serdang baru-baru ini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut menasihati orang ramai untuk sentiasa mengambil tahu dan memeriksa baki di dalam akaun setiap hari supaya tidak mengalami situasi sepertinya.

“Saya sebelum ini malas nak periksa baki dalam bank… Tolong lah periksa hari-hari baru selamat…

“Kita perlu tahu uruskan perbelanjaan dan pastikan tahu jumlah wang dalam bank tidak kira dalam kad debit ke kredit,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika seseorang mahu menggunakan kad kredit diminta untuk berwaspada dalam berbelanja kerana jika tersilap langkah buruk padahnya.

“Gunakan kad kredit dengan betul dan cermat tahu nak kawal, jangan la anda semua asyik sangat guna nanti boleh bankrupt,” katanya.

Terdahulu, Sinar Plus melaporkan pelakon berusia 41 tahun itu hampir empat bulan kehilangan wang simpanan berjumlah hampir RM60,000.

Bagaimanapun, beliau difahamkan mula memperolehi kembali wang yang lesap sedikit demi sedikit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca