Isteri badut tepis kata-kata makcik bawang, syukur rezeki tak pernah putus. 'Belum pernah lagi minta beras rumah orang'

No Image Caption
A
A
A

BERGELAR suri hati kepada badut, wanita ini menepis segelintir pandangan sinis 'makcik bawang.' yang mengatakan pekerjaan suaminya itu tidak menjamin masa depan, Norsalina Abdul Aziz bersyukur semenjak menjadi isteri kepada Muhammad Ar-Rabi Ab Ghani, 37, belum pernah lagi mereka terputus rezeki.

Perkongsian tular hingga meraih 5.3 juta, wanita berkenaan yang awalnya disalahertikan sebagai riak menjelaskan, ia bukan mendabik dada, sebaliknya mahu membuang stigma memandang rendah kepada kerjaya badut.

Wanita kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan itu mengakui berbangga dengan kerjaya suaminya. Dengannya, suami Salina yang mengusahakan Acik Amat Clown berjaya menyediakan keperluan dan kesenangan buat keluarga.

Bermula dari awal pertunangan, mereka banyak berdikari.

"Mekap dan baju tunang semua sendiri. Selepas tujuh bulan bertunang kami berkahwin dengan duit belanja yang dikongsi. Sama-sama setuju untuk kahwin jadi susah senang perlu dikongsi.

"Selepas kahwin ikut suami bekerja di Pulau Pinang, itu pun sudah rasa seronok. Umpama berbulan madu.

No Image Caption

Baca juga: 'Bahagia itu sederhana.' Tukar-tukar hadiah sempena anniversary pertama, video tular pasangan suami isteri sentuh hati warga maya

Baca juga: Jalan kaki 3 jam dari Beranang ke Kajang dapatkan nasi kukus percuma, bapa ini buat netizen luluh hati

Baca juga: 'Dulu susah, mak abah kerja menoreh getah. '11 beradik pakat kongsi duit bina rumah baharu untuk ibu bapa

Baca juga: 'Sanggup lepas gaji puluh ribu asal selamat.' Anak sumber kekuatan, air mata & foto pemulihan Faisal Halim undang sebak warganet

"Teruskan kerjaya badut. Ketika itu suami bekerja dengan orang, apa sahaja bayaran diberikan terima sahaja," kongsi Norsalina.

Benar, rezeki itu tidak salah alamat. Selepas berkahwin dan dikurniakan anak sulung, tawaran semakin mencurah-curah. Malah puteri sulung itulah yang menjadi saksi susah senang mereka.

Berbekalkan pengalaman, pasangan itu mula membina tapak sendiri dengan menawarkan khidmat badut, makanan ringan, face painting dan maskot.

Dengan kemahiran yang ada, Salina menjahit sendiri pakaian badut suami. Banyak juga koleksi yang ada, semuanya cantik-cantik dan kemas.

Seiring dengan masa, rezeki semakin lebat. Mereka mula menerima permintaan daripada nama-nama besar dan selebriti.

No Image Caption

"Hari berganti bulan, tahun berganti tahun. Kami masih di sini dengan kerjaya ini.

"Teringat kata-kata makcik bawang kerja badut berapa jer pendapatan. Boleh ke nak tanggung anak isteri. Carilah suami suami yang menjamin masa depan.

"Dengan kerja badut inilah suami boleh bawa saya, anak dan isteri menaiki kapal persiaran dan belikan emas, berbulan madu di Maldives sebanyak dua kali, melancong di luar negara setiap tahun, menunaikan umrah dan membeli rumah sendiri.

"Setakat 13 tahun berkahwin, belum pernah lagi kami ketuk rumah makcik meminta beras," kongsinya menjawab kata-kata sinis dilemparkan orang sekeliling suatu ketika dahulu.

Mensyukuri pemberian ALLAH, Norsalina menzahirkan rasa bertuahnya memiliki Muhammad sebagai pasangan yang tidak pernah berputus asa berusaha memajukan diri.

No Image Caption

"Walau apa pun kerja suami, selagi ada kudrat dan kerajinan insya-ALLAH akan sentiasa ada," katanya.

Perkongsiannya menerima pelbagai reaksi warga maya sekali gus membuka mata tentang kerjaya sebagai badut yang mampu memberikan pulangan besar.

No Image Caption

Tidak kurang juga para pelanggan berpuas hati yang memberikan review perkhidmatan mereka. Ujar mereka:

"Sebak perkongsian sis. Orang tak nampak waktu kita bergelut, yang mereka nampak ketika sudah senang jer."

"Inspiring! Untung dapat suami baik, kerja baik, selalu manjakan isteri. Selamat berbahagia untuk keluarga ini dan semoga terus berjaya! Aminn ."

"Selalu nampak Acik Amat time birthday sebab saya jadi photographer birthday. Suka dengan stail dia layan budak, borak dengan parents even dengan saya dia sempat kongsi life experience dia. Sangat inspiring"

"Terima kasih sebab tunjuk kami maksud keikhlasan dan syukur yang sebenar."

"Kerja badut lebat pendapatannya. Kalau seminggu lima job dengan caj RM300 ke atas. Seminggu boleh dapat RM1,500 dah. Kalau ada face painting maybe dalam RM450 ke RM600. Jangan pandang rendah ya."

No Image Caption

"Saya sudah dua kali ambik Acik Amat Clown. Memang best. Saya book untuk dua jam sahaja tapi ramai budak minta belon sampai Acik Amat kena drag hingga tiga jam. Acik Amat ambil bayaran dua jam jer, moga murah rezeki."

"Anak saya empat orang, pada hari jadi pertama akan ambil Acik Amat Clown sebagai penyeri majlis. Moga kalian berbahagi till jannah."

"Emak awak yang hebat. Sebab reda dan dan berkat perkahwinan rezeki mencurah. Sebenarnya tanpa berkat orang tua kita tak ke mana ."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang