Ibu sebak bayi lahir missing finger, syukur keluarga beri sokongan & sentiasa positif. 'Jari adik ALLAH simpan di syurga kan, mummy?'

No Image Caption
A
A
A

MEMBUAT imbasan ultrabunyi semasa hamil satu kemestian bagi mengesan ciri abnormal pada bayi. Namun hati ibu, Amira Bongsu, 30, luluh apabila ujian yang dilakukan itu mendapati tangan kanan bayi dalam kandungannya mengalami 'missing finger'.

Begitu besar ujian dari ALLAH SWT buat Amira dan suami untuk menerima kenyataan. Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.

Menurut sang ibu, hal berkenaan diketahuinya ketika kandungan berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan detail scan.

Beliau dan suami mengakui terkilan pada awalnya, namun kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar.

Difahamkan, sepanjang mengandungkan tiga orang anaknya terdahulu, Amira tidak pernah buat imbasan kandungan. Namun, untuk kandungan kali ini wanita itu mengakui terdetik keinginan untuk melakukannya.

“Seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.

"Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” katanya kepada wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

No Image Caption

Perkara pertama yang menjadi perhatian ibu muda itu selepas bersalin ialah untuk melihat tangan kanan si kecil. Beliau mengakui berasa luluh tetapi dalam masa yang sama mengagumi ciptaan ALLAH.

“Masa itu... tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah, lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya,” katanya.

Sayu dalam kegembiraan, Amira yang memiliki tiga anak perempuan sebelum Muhammad Syauqi berkata, puteri-puterinya dan ahli keluarga banyak memberi sokongan dan sentiasa positif.

No Image Caption

Anak keduanya, Shasha Maisarah, 5, berkata ‘jari adik ALLAH SWT simpan di syurga kan, mummy‘ membuatkan hati ibu itu sebak dan terharu dalam masa yang sama.

Takdir sudah tertulis, Amira menguatkan semangatnya. Katanya kekurangan anaknya itu tidak perlu dimalukan kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.

Nasihatnya kepada ibu bapa lain yang mengalami situasi sama agar sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.

"Apa pun keadaan anak, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia lahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak itu perlukan sokongan daripada ibu dan ayah.

“Kita istimewanya kerana menjadi penjaga ahli syurga dan orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-NYA,” katanya.

Warganet terus memberikan sokongan buat Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat. Tidak kurang juga yang berkongsi memiliki cahaya mata yang mengalami missing finger.

"Ada kawan saya missing finger, Alhamdulillah sudah selamat menjadi seorang guru."

"Jangan risau missing finger tidak merubah apa-apa. Dia masih sempurna."

"Kakak ipar saya macam ni, berjaya menjadi seorang pendidik. Kalau tengok hasil kerjanya potong sayur dan buah serta menggunting tak nampak ada kekurangan pun. Kadang-kala saya rasa dia lebih cekap buat kerja."

"Jangan risau handsome boy, awak sempurna jer. Missing finger bukan penghalang untuk berjaya. ALLAH dah tetapkan kelebihan lain untuk awak."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang